Maybank charge RM8.48 untuk ATM debit / credit card setahun?
Kalau meniaga online ni memang selalu akan check online banking untuk lihat transaksi daripada customer kan, so tadi masa tengah cek tengok ada duit kena tolak RM8.48 untuk Debit Advice pada 21 Feb 2017. banyak tu...kena charge gst RM1.60 pun dah rasa banyak inikan pulak RM8.48. Rasanya semalam tiada buat transaksi guna debit card Maybank lepastu macam pelik la duit apa pulak Maybank tolak ni, then bila dah google baru tahu kenapa duit kena tolak.
Maybank debit advice charge |
Rupanya kita akan di charge RM8.48 untuk setiap tahun bagi pengguna kad ATM debit / credit card Maybank ni, ini bagi menikmati unlimited cash withdrawal maksudnya untuk setiap 4 kali withdraw dalam setiap bulan adalah FREE dan untuk kali ke 5 berikutnya dalam bulan tu kita akan di charge sebanyak RM0.50 untuk setiap kali withdraw melainkan baki dalam akaun korang ada RM5000 maka tidak dikenakan charge.
Maybank charge |
Memandangkan rakyat Malaysia semua dah bertukar ke kad Maybank baru iaitu debit card maka mesti korang takkan perasan yang korang akan di charge sebanyak RM8.48 setiap tahun. So apa nak buat bila kita tak mahu benda ni terjadi dan tak nak duit dalam akaun kita ditolak sebanyak RM8.48 setiap tahun? korang boleh pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk bantuan dan menukar pilihan yuran ATM card ini kerana pengesahan yang betol perlu dibuat untuk proses ini.
Maybank Facebook Page |
Jika korang sejenis manusia yang selalu mengeluarkan duit lebih dari 5 kali sebulan so dinasihatkan biarkan jela Debit Advice tu ditolak dari akaun bank sebab nanti kena charge pulak untuk setiap transaksi yang lebih daripada 4 kali sebulan. setelah dekat 5 tahun pakai debit card baru tau benda ni. tak pasti bank lain guna kaedah yang sama dengan maybank jugak atau tak. Please alert untuk isu ini jikalau anda sayangkan duit anda.
saya suka cara awak terangkn jawapan..
ReplyDeleteterima kasih faizal
Deleteinfo lagi jelas dari blog yg lain tq
ReplyDeleteTq untuk pencerahan..
ReplyDeleteDownload app di playstore dpt -5% discount.Harga yang dipaparkan pun jadi "RM" senang sikit drpd kira2 nk convert lagi.
ReplyDeletepenerangan yang baik dan mudah dipahami..thank you.. :)
ReplyDeletetq so much sista.. clear sangat.
ReplyDelete