Monday, 17 April 2017

Proses pulang dan refund barang Lazada


Selama berbelanja di Lazada ni barang-barang yang aku beli semuanya ok ok sahaja cuma ada satu mini mesin jahit yang kecil and murah tu tak berapa ok sangat sebab bila nak jahit macam tersekat-sekat dan aku pon lambat bertindak dan benda tu pon dah terlambat nak pulang dan minta refund.

Baru-baru ni aku ada beli mini chopper dari Lazada konon-konon nak suprise dekat mak aku sebab mak aku pernah mintak belikan benda ni. Lalu aku pon order la dan benda ni sampai..dengan excitednya aku bukak parcel siap pasang apa semua dan terus cucuk plug untuk test. Malangnya mesin tu tak berfungsi lepas aku tekan on.

Mak aku dah bising-bising dah kenapa benda ni tak boleh la apela kan so aku terus decide bukak google untuk tengok macam mana cara proses nak minta ganti, pulangan atau refund balik duit. Google punya punya dah jumpa caranya. Rujuk gambar dan cara-cara dibawah ya.



1. Check validity of the return policy.

Pergi ke detail barang yang korang nak pulangkan tu dan cuba check pada bahagian yang aku bulatkan warna merah. Disitu ada dinyatakan yang barangan tersebut merupakan 100% buyer proctection dan Satisfaction guarantee dan juga 14 days easy return bermaksud disini pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang diterima, boleh tukar barang jika kita berubah fikiran, boleh dapat refund duit semula dan juga lazada verified-service sellers.

Jika sudah melebihi dari tempoh tarikh yang diberikan, kita boleh check status waranti item tersebut dengan direct terus pada manufacturer untuk maklumat lanjut, Detail pengilang boleh tengok pada warranty card yang kita dapat sekali dengan item tersebut.

Kena tengok jugak barang yang korang nak pulangkan tu apa jenis kerosakan yang diterima pakai oleh pihak Lazada. Kalau boleh lepas dapat parcel simpan semua item yang diberi dengan kertas invoice dan juga shipment detail kita pada muka depan parcel. Kenalpasti apa jenis kerosakan yang boleh diterima pakai oleh pihak lazada. Maklumat lanjut boleh tekan pada How to return in Customer care.






2. Fill in online returns form and print shipping label

Pada bahagian nak isi online return ni korang perlu ikut step macam ni. Pergi pada bahagian tab accout lazada dan pilih my orders. Kemudian akan keluar senarai barang-barang yang korang pernah order sebelum ni. Untuk pengetahuan korang once barang tu dah sampai barulah boleh kita proceed pada return barang. Pada bahagian manage order sepatutnya ada return link tapi disebabkan aku dah pulangkan barang tu makan link dah hilang dari situ, 

Klik pada return dan korang kena isi semua maklumat barang tu dan pilih jenis kerosakan barang yang hendak dipulangkan balik berserta dengan maklumat akaun bank. Jika hendak menggunakan perkhidmata poslaju, piih poslaju dan jika hendak menggunakan perkhidmatan lain pilih je dekat situ dan make sure baca syarat-syarat bagi setiap perkhidmatan kurier. Pilih samada nak dapat ganti atau nak dapat pulang duit balik dengan full refund. Lepas dah isi semua details item boleh pilih untuk print shipping label. Sediakan printer untuk print dan jika tiada printer save dulu form tu dan print kemudian. 


Ini aku pilih untuk hantar pakai poslaju sebab senang dan mudah kan and pihak Lazada dah siapakan sekali tracking number untuk kita so tak perlu lagi kita nak isi consignment note poslaju. Perlu diingatkan ya return form ni sila print sebanyak 4 keping sebab nanti bila dekat poslaju, orang poslaju tu akan mintak kita 4 helai form ni sebagai rujukan dorang.

3. Pack the Item(s) & attach Shipping Label on the Box

Lepas selesai semua dah packing barang yang rosak tu kedalam box dia berserta dengan semua kertas manual dan waranti dalam box tu kita siap-siap masukkan balik bagi complete set macam mana rupa kita dapat macam tu la kita pulangkan balik. Then, lepas dah siap packing masukkan barang tadi kedalam plastik poslaju atau plastik parcel biasa dan balut elok-elok jangan sampai barang tu nanti lagi damage bila dapat ke pihak Lazada. Kalau tak pasti apa yang perlu dipulangkan bersama dengan barang call hotline Lazada Malaysia.


 Apa yang perlu ada dalam plastik parcel tu ialah :


Barang yang hendak dipulangkan lengkap seperti mula-mula dapat berserta manual dan waranti


Bukti pembelian (order number atau tax invoice masa mula-mula dapat parcel )


Shipping label / online returns form  ( letak pada luar parcel untuk address  - print 4 keping ) 


4. Drop-off at courier partner

Disebabkan aku dah pilih drop-off dengan menggunakan perkhidmatan poslaju, maka aku pergi la ke kaunter poslaju. Mula-mula aku tanya pada brother dekat situ macam mana nak pulangkan barang dari ke lazada dan dia suruh aku isi borang poslaju berkontrak. Apa yang kena isi ialah tarikh, nama dan alamat berserta dengan tracking number yang diberi oleh pihak Lazada. Kemudian pergi ambil di nombor di mesin dan tunggu nombor giliran untuk dipanggil. Jangan risau sebab barang yang kita nak pulangkan ni percuma dan free postage semua dah ditanggung oleh pihak Lazada. Jika kita dikenakan charge postage boleh maklumkan pada pihak Lazada untuk refund. 



 5. Refund processing

Setelah selesai ke poslaju, maklumkan pada pihak lazada menerusi emel customer@lazada.com.my untu k follow up barang yang kita return dengan menyediakan maklumat seperti berikut :

  1. Date Item Was Returned : 01/01/2019
  2. Courier Use For Return : Poslaju
  3. Return Tracking Number : EMxxxxxxMY
  4. Postage Fee Amount (if any) : RM0.00
  5. Bank Details : 1X3-0XXXX920-XXX
Setelah itu pihak Lazada akan balas emel kita dan menyatakan bahawa barang kita tadi sudah on the way ke warehouse mereka dan simpan baik-baik tracking number poslaju tadi untuk track barang kita dengan courier service. Once barang dah sampai pihak Lazada akan maklumkan menerusi emel dan mereka akan beritahu kita jika barang tu boleh refund atau tidak.

Pemulangan duit akan ambil masa 5-15 hari untuk kita terima dan pihak Lazada akan maklumkan pada kita jika mereka dah refund atau belum. Bagi kes aku ni aku aku berjaya dapat full refund dan duit masuk kedalam akaun lebih kurang dalam seminggu selepas barang sampai ke pihak mereka.

Pesan aku dekat sini ialah jika nak beli barang elektrik lebih baik dan afdal beli di kedai elektrik sendiri ataupun Tesco, Aeon dan sebagainya sebab kita boleh test dekat situ jugak sebelum beli kan dan mungkin barang bukan elektrik boleh beli di Lazada. Jadilah pengguna yang bijak, kita boleh dapatkan hak kita balik jika kita bertindak cepat dan tahu apa proses dan prosedur yang perlu untuk pulangkan barang yang rosak.







18 comments:

  1. salam
    kenapa kat saya punya list item utk return tu xde utk download borang atau isi online ye?kat status barang dah ade tulis return,tp nak isi takde link borang pun??huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun sama,tk ada button return, Rupa nya Lazada tk update status delivered,bila dh update Baru Ada button return

      Delete
    2. betol. sekiranya dalam website lazada dah update status delivered, baru akan keluar button untuk return kerana selagi barang tu bukan dalam status delivered mereka akan anggap kita tak dapat barang lagi

      Delete
  2. Saya ada beli Power Bank jenama Peneng di Lazada. Mula-mula ok je barang. Selepas sebulan, ila tak masuk cas. Kena tekan wayer charger baru boleh boleh guna.

    Tapi masaahnya dah lebih tempoh 14 hari. Rasa serba salah nak refund atau tukar ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lebih tempoh 14 hari dah tak boleh nak refund atau ganti encik kamil..sy rasa kalau nak beli barang elektrik atau gadjet jgn beli di lazada, better beli di kedai sahaja

      Delete
    2. kamil, masa beli aritu berapa lama seller tu bg warranty? Kalau masih dlm tempoh waranti, boleh contact terus seller tu

      Delete
  3. Saya refund langsung tak dapat. Bayang duit pun takde. Serik shopping kat Lazada. First & last. No moreeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...jangan beli kat lazada.susah nak berurusan.baik lagi kat shopee..

      Delete
  4. Sy ade beli jg power bank kay lazada tp xleh pakai..sy ada juga menghubungi seller voa sms.. Klo sy nak terus ke pejabat pos je boleh ke? Tq

    ReplyDelete
  5. sy beli barang yang ada free gift...sampai free gift je kt rumah...pastu mcm mane ye...

    ReplyDelete
  6. Sya terima mesin urut electronik. Slps masukkn bateri dan on touch button, cuma klur main interface tapi setting button yg lain x function.. slps beberapa saat, mesin trus off. Nak return mcm x berbaloi..cuma rm21.Warrenty pun x der.

    So..belilah brg electronik dikedai atau supermarket..

    ReplyDelete
  7. Sya terima mesin urut electronik. Slps masukkn bateri dan on touch button, cuma klur main interface tapi setting button yg lain x function.. slps beberapa saat, mesin trus off. Nak return mcm x berbaloi..cuma rm21.Warrenty pun x der.

    So..belilah brg electronik dikedai atau supermarket..

    ReplyDelete
  8. saya beli kasut. tp size dia tak fit dgn sy.. boleh le sy tukar size?

    ReplyDelete
  9. haritu i beli headfon dkt lazada tp bunyi x kluar... rasanya seller pakai baling stok je kot... nasib baik bini sy beritau sy utk return kat lazada sbb hampir2 dh nk buang!! bini suruh select postco je, blh drop off brg dkt farmasi caring gombak (ada byk lg tmpt lain)... dlm 3-4 hari lazada contact cakap dah dpt headfon rosak tu dan akan proses refund... hepi giler la blh return, ingat kena tipu... link postco kat sini: https://postco.com.my/lazada-returns?locale=ms-MY

    ReplyDelete
  10. Custemer service lazada teruk..kalau shopee ok sangat...

    ReplyDelete
  11. Shopeeđź‘Ť lazadađź‘Ž

    ReplyDelete