Monday, 10 August 2015

Pembedahan lasik murah di Advance Vision Damansara Utama






Bagi yang mempunyai masalah mata, mesti korag rasa tak selesa kan bertahun-tahun kena pakai spek mata dan penglihatan tak jelas langsung bila bukak mata dan memang ada yang rabun habis sampai tak kenal muka orang dah. Alhamdulillah setakat ni aku masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melihat dengan jelas. sekarang aku nak bantu kawan-kawan yang lain yang mempunyai masalah mata rabun yang nak buat pembedahan lasik. Kalau diikutkan kita memang familiar dengan Prof. Dr. Muhaya iaitu seorang Pakar mata dan pakar dalam pembedahan lasik. Tapi mungkin ada yang masih tak mampu nak bayar kos operation yang mencecah sampai RM6000 ke RM7000, bukan tak nak support buat lasik dekat Prof Dr Muhaya cuma bukan semua orang yang rabun tu orang kaya so kita boleh usaha dan iktiar cari tempat lain yang lebih murah. 






Baru-baru ada terbaca di Facebook Maria Elena Zarul, the famous peliks blogger in her facebook Maria the greek helen ada memberitahu yang dia baru sahaja selesai melakukan pembedahan lasik dengan kos yang agak murah di Advance Vision Damansara Utama berdekatan dengan Uptown Damansara dengan kos hanya RM2888 untuk kedua-dua belah mata. 

Address:  ADVANCE VISION EYE SPECIALIST CENTRE ( 730426-M )
54 & 54A, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel:+ 603 - 7724 1392
Fax:+ 603 - 7724 1458
Email:info@advancevision.net.my
Web:www.advancevision.net.my
Operation : Mon-Fri ( 9am - 6pm ) 
                             Sat - Sun( 9am - 5pm )
                             Close on selected public holiday


Pesan Maria Elena, bagi sesiapa yang datang ke sini terutamanya perempuan bertudung dinasihatkan memakai tudung berserta innerneck didalam tudung kerana ketika pembedahan dilakukan cecair akan dituang kedalam mata sebagai ubat bius. So bila nak buat pembedahan tu, tudung kena bukak dan biarkan innerneck korang stay. 

Katanya hari pertama selepas pembedahan akan terasa agak pedih tapi hari-hari seterusnya dah tak sakit. Mungkin sikit sangat dia share pengalaman dia buat lasik, tadi aku jumpa experience sorang hamba Allah ni dia cerita macam mana dia buat lasik tu dan apa yang korang pelu tahu tentang lasik. Aku cuma share dekat sini supaya korang takdelah rasa takut sangat nak buat kan ? Jom baca


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pengalaman daripada Arialun di carigold.com


Saya dah 1 tahun lebih tak guna cermin mata dah.
Sebab apa? Sebab dah buat lasik surgery.

saya buat kat Advance vision, kat Uptown Damansara, PJ.

Kos bersih: RM 2888 untuk dua2 mata. (boleh buat credit card instalment - zero interest).
Life time warranty. Ertinya, kalaulah terjadi balik rabun tu(mengikut history pakar klinik ni, belum pernah terjadi).. Klinik akan buat balik FOC.

Saya syorkan sesiapa nak buat lasik, buat di sini, sbb dia antara termurah di Malaysia.
Tak perlu risau, anda boleh datang dulu( tak perlu temujanji) untuk buat pre- check mata anda.. Tiada bayaran akan dikenakan... Sungguh, sebab ini pengalaman saya.. Ni bukan MLM ke apa ke..

Ok nak cerita sikit pengalaman/info saya:

1. Saya pergi dengan isteri saya ke klinik pakar Advance Vision ini untuk buat pre-check mata. Beberapa ujian mata dilakukan. Keputusannya, Saya layak untuk buat lasik, tetapi isteri saya tak layak. Sebab apa? Sebab kornea dia nipis, jadi doktor cakap amat bahaya / berisiko untuk melakukan lasik. So sesiapa yang mata sepet or nipis tu, memang tipislah harapan nak buat lasik.

2. Lasik ni ertinya, pembedahan secara laser. Keliling Kornea mata akan ditoreh dengan laser, kemudian kornea mata dikopakkan(di buka), dan laser akan membedah/adjust retina mata.

3. Pengalaman masa saya 'dilasik';
Bila saya layak, maka doktor tu beritahu kita, procedur pembedahan. Maka terpulang kepada kita, nak buat lasik atau tidak, tiada paksaan di klinik ni. Sebab ini adalah mata anda. Saya memilih untuk melakukan lasik, dan buat appointment minggu hadapannya.

Ok, minggu hadapannya, saya pergilah buat lasik. Oh yea, sugery hanya akan dilakukan pada hari Jumaat sahaja. Ini memang procedur klinik pakar mata ni. Sebab apa? sebab, Jumaat surgery mata, Sabtu/Ahad cuti, so, anda boleh berehat, Isnin dah boleh pi kerja. Maka tak perlulah nak ambil MC.

a. Mula-mula kedua-mata saya dibius dulu dengan titisan cecair di mata.
b. 15 minit kemudian, saya dibawa masuk ke dalam operation theatre. Bilik operation memang sejuk giler, hingga kena pakai baju sejuklah.

c. Saya dibaringkan di atas kerusi (macam kerusi kat klinik gigi tu..

Oh yea, untuk pengetahuan tuan2, lasik mata ni cuma ambil masa 5 minit untuk mata kiri, 5 minit mata kanan je.. So total cuma 10 minit je operation nie.. hehee.

d. Doktor/nurse akan letakkan alat 'tuil' apatah kat kelopak mata saya, supaya mata saya tak boleh ditutup. Ertinya sepanjang pembedahan laser tu, saya akan sedar, dan lihat apa yang doktor/laser tu lakukan!!!

e. saya nampak dengan mata saya sendiri (of course le kan, dah mata terjegil buka), laser tu (seperti cahaya merah/kuning, sedang membedah kornea mata saya. Tapi tak rasa sakit. cuma geli2 atau ngilu2 sikit-sikit je. Tapi memang ada bau hangit sikit lah.. sebab bau laser membakar tu kan.

f. bunyi laser masa operate tu, macam bunyi lalat kena perangkap kat perangkap serangga eletrik tu.. bunyi macam tik-tik-tik tu.

g. Selesai lasik surgery, vison mata saya cuma 3-5% sahaja. Saya 'disunatkan' memakai sunglasses waktu siang sbb maklumlah lepas surgery, mata tak tahan dengan cahaya. Selepas surgery, memang akan terasa macam ada sebutir pasir lekat kat mata tu. (Tapi rasa kesakitan memang tiada). Ini normal, sebab, itu 'parut' dari surgery tu. Akan ambil masa lebih kurang 1 bulan untuk kornea mata bercantum/lekat semula seperti biasa. Lepas tu, dah tak ada rasa mcm pasir lekat kat mata ke apa ke.

Oh ya, Saya kena bawa isteri saya, untuk memandu saya pulang.

h. Pulang kerumah, apa lagi tidur je lah. Untuk 5 malam pertama, setiap kali tidur, saya diwajibkan memakai alat 'pelindung mata' tu (eye patch ke apatah tu).. Ini untuk mengelak dari tangan yang terasa 'gatal' untuk mengaru mata.

i. Saya terus tidur dari petang hinggalah terjaga dalam waktu pukul 10mlm gitu. Hah! disinilah 'cabaran saya' bermula. Sebab saya terjaga kerana mata saya mula rasa pedih dan mula berair. Sebab apa? Sebab ubat bius dah habis... uwaaaaa. So nak buat camna? nak garu tak boleh. Nak basuh mata tak boleh. Memang time ni macam cerita 'Tom Cruise dalam citer Miniority Report, waktu dia tukar biji mata dia tuh!.

j. Tapi tahan je lah.. pujuk diri sendiri untuk tidur semula. Saya terjaga dalam kul 2pagi gitu, rasa pedih dah tak ada. Syukur, Allhamdulillah.

k. Esok pagi(hari ke-2), vision saya dalam 30% gitu. Masa mandi, memang mata tak boleh kena air lah.

l. Hari ke-3, vision saya semakin baik.. dalam 50-60% gitu.

m. Hari ke-4, Isnin, visoon dalam 70%-80% gitu. Pergi kerja, bawa kereta sendiri lagi.

n. Seminggu selepas itu, vison dah recover 100%. Sekarang saya bebas dari benda yang bernama cermin mata. Dah boleh pakai sun glases. Boleh bermain volleyball, badminton tanpa susah payah nak pakai cermin mata lagi.. syukur allhamdulillah.

Pergi tengok wayang, dah tak perlu nak gilap cermin mata dulu untuk kasi clear cermin. tapi memang dalam sebulan tu, memang kadang2 ternyayuk nak pakai cermin mata, atau terasa mcm tertinggal cermin mata, dan mula tercari2.. Padahal, memang tak perlu cdrmin mata lagi.. Kekeke..mmg lawak. :D

nota tambahan:

selepas pembedahan, 2 minggu sekali (untuk 2 kali) kena pergi check-up mata. Doktor cuma nak pastikan mata, sihat, pulih, tanpa ada apa2 side effect lain. Dan check-up mata ini adalah percuma. Sudah termasuk dalam package Rm2888 itu..


29 comments:

  1. sebelum lasik berapa ya rabun encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya just share pengalaman dari pesakit yang buat lasik. :)

      Delete
  2. Selepas lasik sejak 2008 mata sy rabun kembali dgn bacaan 1.25 rasanya mcm ssh nak baca jarak jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh yeke. awak buat dekat mana dulu ? mungkin juga bergantung pada individu kesannya positif or sebaliknya

      Delete
    2. Slm.bt kt mana dulu ye..brpa kos?

      Delete
  3. Selepas lasik sejak 2008 mata sy rabun kembali dgn bacaan 1.25 rasanya mcm ssh nak baca jarak jauh...

    ReplyDelete
  4. *lepas lasik 3 minggu sekurang-kurangnya tak boleh masuk air/peluh ke dalam mata untuk elak infection.
    *rawatan susulan ada 5:
    1)keesokan
    2)1minggu
    3)6minggu selepas tarikh appt ke 2
    4)3bulan selepas tarikh appt ke 3
    5)6bulan berikutnya.
    *advance vision menawarkan lifetime warranty brmaksud:
    bergantung pada keadaan. As long balance cornea you all still enough or as long Advance Vision Wujud dipersilakan datang ke Centre untuk buat "touch up"... Means Enhancement Surgery. FOC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi en.amirul..sya dah seminggu buat costumn lasik kt advance vision..tapi visin sya blm 100%...bilakah aganye sya dpt 100% tu..huhu...

      Delete
    2. Hi en.amirul..sya dah seminggu buat costumn lasik kt advance vision..tapi visin sya blm 100%...bilakah aganye sya dpt 100% tu..huhu...

      Delete
    3. Thanks a lot for sharing. This really helped me.

      O'saerah Osin, i just wonder how is your eyesight now? Dah ok ke?

      Delete
  5. Ada rezeki nak wat lasik gk kat tempatni... Mudah2an allah bagi rezeki lebih ..amin

    ReplyDelete
  6. Leceh juga ye .ingtkn da lasik mata .da normal .

    ReplyDelete
  7. Leceh juga ye .ingtkn da lasik mata .da normal .

    ReplyDelete
  8. Adakah kos sama juga bagi mata yg powernya tinggi dan ada rabun cahaya

    ReplyDelete
  9. Bagi orang yg aktif bersukan macam saya, berapa lama perlu menunggu atau berehat dari sukan? Seperti sukan angkat berat/ gym/ bina badan. T. Kasih

    ReplyDelete
  10. bagaimana jika seseorang ada masalah galukoma peringkat permulaan, boleh ke buat pembedahan lasik?

    ReplyDelete
  11. bagaimana jika seseorang ada masalah galukoma peringkat permulaan, boleh ke buat pembedahan lasik?

    ReplyDelete
  12. Insyaallah nak buat jugaklah. Tq infonya.

    ReplyDelete
  13. ini intra lasik atau lasik(blade)

    ReplyDelete
  14. pembedahan ketumbik dimata berape kos nye yer ..

    ReplyDelete
  15. Sy rabun jauh power 375 + silau 100...mmg klu xde spec mata dh mcm org buta...boleh ke sy buay lasik nie?

    ReplyDelete
  16. Umur saya 41 tahun.adakah faktor umur juga diambil kira? Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Umur saya 41 tahun.adakah faktor umur juga diambil kira? Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Kos brape eh?
    Saye kene reject time join tentera sbb rabun jauh

    ReplyDelete
  19. Kos brape eh?
    Saye kene reject time join tentera sbb rabun jauh

    ReplyDelete
  20. Kalau mata termasuk habuk boleh dpt rawatan tak nak keluarkan habuk.

    ReplyDelete