Sunday, 2 April 2017

Review Clinique Take the day off makeup cleansing oil [ Part 1 ]


Sejak teknik bersihkan muka 'double cleansing' menjadi popular di kalangan beauty guru, aku pon mula berjinak-jinak menggunakan teknik ni. Double cleansing ni merupakan teknik mencuci muka dua kali dengan cleansing oil / cleansing milk dan cleanser foam. Selalunya cleansing oil ni sesuai untuk muka oily to combination skin dan cleansing milk pula untuk normal to dry skin. So disebabkan kulit aku ni jenis kombinasi maka aku pon menggunakan cleansing oil.

1. Oily to combination skin - Cleansing oil
2. Normal to dry skin - Cleansing Milk

Sebelum ni tak tahu pon pasal cleansing oil ni bertindak sebagai makeup remover sebabnya bila nampak cleansing oil dekat farmasi terus tak nak pandang sebab nanti muka lagi jadi berminyak. Rupanya-rupanya tanggapan aku selama ni salah. Cleansing oil ni memang bertindak sebagai pencuci dan jugak makeup remover bagi yang selalu suka makeup tu haaa memang sesuai sangat.




Mula-mula aku cari dulu cleansing oil brand apa yang sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit sensitif berjerawat aku ni ? Search punya search terjumpa la satu artikel ni review pakai Clinique cleansing oil ni dan muka dia jadi lebih bersih dari sebelum ni .Aku pon kaji la ingredient Clinique cleansing oil di Website CosDNA ni dan kaji bahan yang tak memudaratkan contoh macam paraben, SLS dan sebagainya dan aku rasa kandungan produk ni tak memudaratkan. Sebab aku cari produk dekat drugstore macam banyak paraben pulak lepastu yang lain macam Clarin or Shu Eemura pon macam tak berapa sesuai kandungan dia dengan kulit sensitif aku ni.


Check Ingredient Product

Lepas dah tahu semua tu mula excited nak beli and cari punya cari memang tiada jual kat Clinique store ataupon dekat Sephora tak tau la sebab dah sold out ataupun memang kat Malaysia ni tiada produk tu, yang ada hanya Clinique Cleansing Milk sahaja. Aku dah tahu range harga dia RM100++ so aku cuba cari di Carousell mana tahu boleh dapat harga murah kalau ada orang nak letgo. Selama sebulan aku cari produk ni tapi takde orang jual dekat Carousell dan lepas sebulan macam tu aku tiap-tiap hari refresh baru la ada seorang amoi ni jual itupun dah 40% left dalam botol dengan harga RM30.00 sahaja. Ermm not bad la kan harga dia, so aku decide nak beli sebab nak try takot-takot kulit tak sesuai ke kan. Bila barang dah sampai, aku pon cuba dalam seminggu macam tu..Alhamdulillah tiada bad effect ke apa malah jadi lebih bersih dan lembut je muka.


Aku gunakan teknik double cleansing dengan membasuh muka dengan Clinique cleansing oil ketika muka dalam keadaan kering dan sila jangan basuh muka lagi maknanya disini jangan cuci muka dengan air dulu tapi ambil cleansing oil ni letak dekat tapak tangan dan sapu seluruh muka. Hilangkan semua makeup yang ada terutama di bahagian mata dan bibir. Sila berhati-hati kalau nak sapu di bahagian mata sebab nanti kalau dah masuk dalam mata, akan jadi pedih sikit dan mata akan jadi blur sebabnya dia bercampur dengan air mata kita so nanti mata akan rasa blur je. Aku ni jenis malas nak beli makeup remover untuk mata dan bibir tu so aku combine je basuh dengan cleansing oil.




Nasihat aku seeloknya cuci muka sambil tutup mata dan kemudian basuh dengan air. Nanti muka yang berminyak tu automatik akan jadi macam milky sebab oil tadi dah bercampur dengan air. Kemudian basuh sampai bersih dan lap muka dan basuh sekali lagi dengan cleansing foam bagi kulit berminyak atau kombinasi dan cleansing gel untuk kulit kering atau kulit normal. Bagi cleansng foam aku gunakan Nivea White Makeup Clear 2 in 1 Scrub. Actually dia bukan scrub pon sebab biji-biji tu halus je so boleh je nak guna as everyday cleanser. Pencuci muka yang ni jela pon yang bertahan dekat muka aku tanpa tumbuh jerawat. Alhamdulillah ok setakat ni. 

Untuk second purchase Clinique cleansing oil di Sephora Website boleh tengok aku review di PART 2


No comments:

Post a Comment