Mengapa berbelanja di Lazada, Zalora dan sebagainya kalau kita boleh dapat harga barang murah di AliExpress? wahh gituu kan..sebenarnya aku tak tahu pon kewujudan AliExpress sebab yang popular kan website Alibaba, AliExpress jarang dengar. So suatu hari terjumpala website Aliexpress ni dan tengok-tengok harga barang yang dorang tawarkan lebih murah berbanding Lazada. Aku pon apa lagi excited nak beli. Tapi aku tukar currency dia ke dalam dollar $ so pandai-pandai korang convert kan harga dia sendiri ye. Mari kita tengok aku beli apa di AliExpress.
|
AliExpress |
Sebelum nak membeli di AliExpress pastikan korang ada akaun Paypal mahupun kad debit atau kredit kerana dari segi pembayaran nanti kita kena guna paypal atau kad debit / kredit. Kalau nak murah pos ke Malaysia korang pilih la option free shipping dan sort item mengikut harga dari rendah ke mahal. Aku dah beli tiga item di AliExpress iaitu beg makeup, Silicone brush cleaning makeup dan juga berus makeup.
Beg makeup ni kalau di Lazada lebih kurang RM15.00 ke atas tapi dekat AliExpress hanya $2.20 bersaman dengan $2.20 x RM4.46 = RM9.80. Murah kan ?
Dua item dah sampai iaitu beg makeup dan berus makeup. Kalau nak beli dekat sini kena sabar sikit la ye sebab dia akan ambil masa selama sebulan atau lebih untuk sampai ke rumah dan bergantung juga dengan cara penghantaran yang korang pilih, Aku pilih China Post Ordinary Small Packet Plus Delivery je sebab tiada cas dikenakan dan alhamdulillah barang sampai elok je sebab posmen biasa yang hantar surat rumah korang tu yang hantar. Tapi barang aku tak sampai sebulan pon dah sampai aku rasa dalam dua ke tiga minggu je dia ambik masa dengan menggunakan china post tadi. Tapi ada satu lagi barang tak sampai lagi iaitu silicone brush cleaning makeup tu seller post via 4PX Singapore Post OM Pro, tak tahu kenapa lambat sikit sampai dari barang yang lain. Kalau check guna track order tu dia tak update pon status, tulis dalam tu macam lambat lagi sampai tapi tengok-tengok barang dah sampai dulu dekat rumah. Packaging dia sama macam poslaju tu tapi bukan poslaju yang hantar tapi posmen biasa. So kalau korang takde dekat rumah pon jangan risau kalau barang sampai sebab ada je dia stay dalam peti surat.
|
China post ordinary small packet plus |
|
China post ordinary small packet plus |
|
Travel Cosmetic makeup bag |
|
Travel Cosmetic makeup bag |
|
Chubby pier foudation brush flat |
Puas hati dengan barang yang aku beli di AliExpress sebab sampul plastik pos dan dapat barang dalam keadaan yang baik tanpa kerosakan. Lepas ni nak repeat order lagi di AliExpress dengan cari barang-barang lebih murah berbanding di Lazada. Mak aku pon dah tanya apa lagi barang yang murah dekat sini ? hehe berkenan la tu nak beli jugak.
Hai ,mcm mne cara awak beli n convert duit ya?
ReplyDeletehai, sy beli seperti website jualan online yg lain dan buat pembayaran dengan menggunakan debit card. then dia just tolak amount dr $ ke RM dalam akaun bank kita yang sudah siap di convert.
Deletemcm mana nak tahu currency usd ke rm tu sis? i means nk tahy harga brg yg kita nak beli tu ke rm malysia? sbb nak bajet duit
ReplyDeleteawak boleh google : usd to myr
Deletekemudian masukkan shja jumlah dlm usd dan convert pada rm,
dapat harga sebenar dlm ringgit malaysia