Friday, 24 July 2015

Petua kecantikan dengan pemakanan sunnah


Petua kecantikan dari Ustazah Nurhafizah Musa

Ustazah Norhafizah berkata, dia berkesempatan berjumpa dengan seorang Pakar Sakit Puan. Doktor tersebut bertanya pada ustazah macam mana ustazah jaga pemakanan ? Doktor tu adalah sangat obses dengan wanita Madinah yang bersalin 11 kali secara operate dan kekal sihat kerana mengamalkan pemakanan sunnah yang membantu pemulihan diri dengan cepat. Antara petuanya ialah faktor pemakanan sunnah dan bila makan akan mendapat pahala. Amalkan pada setiap pagi selepas bangun dari tidur.


1. Bangun tidur minum air suam ( untuk kecerdasan akal  ) 
masa kita tidur macam-macam proses berlaku, dengan air ia akan percepatkan proses pembuangan benda yang tidak baik dalam badan. Seelok-eloknya minum 1 botol + 1/4  botol lagi 
( baca doa minum air zam zam)




2. Minyak zaitun dan Pati delima

-1 sudu besar  minyak zaitun
-2 sudu besar Pati delima ( lebih pon takpe )


3. Air campuran 

- 1 sudu madu 
- 1sudu kecil habatussauda 
- 1sudu minyak kelapa dara 
- Beberapa helai Za'ffaran ( makin mahal makin baik )


***Za'ffaran membantu ingatan yang baik

Kacaukan campuran tadi dengan air suam dan baca selawat dan minum.Kemudian biarkan perut berehat selama 2 jam atau 1 jam dan selepas itu makan sarapan seperti biasa. 

4. Minum Khal / cuka tamar

Selepas mengambil sarapan , ambilkan khal ataupun cuka tamar untuk membuang segala benda yang tidak baik dalam perut. Ambil sedikit sahaja kerana khal adalah asid yang menyebabkan pedih perut. 


Petua menghilangkan pening kepala / Letih

Jangan makan jajan-jajan. Jajan-jajan ditukarkan dengan kulit kayu manis
( pecahkan kulit kayu manis kecil-kecil) dan makan seperti kita makan kekacang. Terbukti bahawa kulit kayu manis itu jika dimakan akan terus masuk kedalam aliran darah dan dapat melegakan pening kepala dan letih dan juga dapat membantu mendapat tidur malam yang berkualiti kerana terdapat unsur ketenangan jika dimakan sebelum tidur. 


Kacip fatimah

UTM ( Universiti Teknologi Malaysia ) buat kajian bahawa Kacip Fatimah sangat baik dan jarang dijumpai. Seolah-olah Allah ciptakan kacip fatimah ini memang untuk keperluan wanita untuk menjaga kekuatan tubuh badan, kesegaran, melambatkan penuaan, angin dalam badan, sakit urat, sakit tulang dan berbagai lagi jenis penyakit dan khususnya juga melibatkan keperempuanan iaitu sistem peranakan, Sehari elok ambil sebiji mengikut keadaan kesihatan tubuh badan dan mungkin boleh jadi 3hari ambil sebiji. 


No comments:

Post a Comment