Friday, 24 July 2015

blog disekat SKMM dan cara mengatasinya


aku berkesempatan nak buka dan update blog masa cuti atau ada masa terluang je disebabkan nak update blog ni perlulah idea yang mencurah curah untuk bagi orang masuk dalam blog aku ni dengan keyword yang sesuai. tapi dengan terkejutnya aku buka blog aku telah disekat oleh SKMM ( Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ). Katanya disitu blog aku disekat dan tidak boleh diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara dibawah Akta Jualan Dadah 1952 dibawah kesalahan Melanggar peruntukan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 . 




ini memang bagi aku rasa nak mengamuk pon ada apabila mendapat tahu blog aku disekat tanpa apa-apa bentuk amaran. aku rasa ni semua ekoran kerajaan nak menyekat laman sosial tempoh hari tapi tak jadi disebabkan perkara-perkara tertentu, yela ko ingat senang nak block secara tiba-tiba padahal medium tu jugak la kita berkongsi maklumat dan dekat situ jugak la medium komunikasi yang paling mudah abad ini. ekoran daripada masalah kerajaan yang tak habis-habis dan banyak blog blog yang membocorkan maklumat kerajaan, maka aku pon beranggapan yang dengan hanya cara ni sahaja dorang nak menyekat rakyat malaysia supaya tidak tergolong dalam menjadi pembaca tegar blog-blog tersebut contohnya laman Sarawak Report. Masalahnya blog aku hanyalah blog personal dan tak lebih dari itu. 

Tetapi rakyat malaysia tak bodoh, banyak cara kita boleh akses laman web yang disekat dengan menggunakan kaedah tertentu. Tetapi yang aku risaukan bukan pasal aku tak dapat akses blog sendiri, tetapi orang-orang yang mencari segala maklumat menggunakan search engine tu yang tak dapat masuk dalam blog aku. Habislah musnah punah ranap segala keyword yang ada yang dah dapat mencapai capaian no satu dalam search result. Ko ingat senang nak berlumba dengan laman web lain ? haishhhh jangan sampai aku jadi raksasa.


1. VPN
aku hanya download VPN ( Virtual Private Network) pada PC. aku download Browsec di chrome web store dan lepas download, maka boleh access macam biasa.


2. DNS

Korang tukar sahaja DNS ke 8.8.8.8 secondary DNS 8.8.4.4 dan korang akan dapat masuk ke page tersebut semula.




senang kan? selamat mencuba.

1 comment: