Tuesday, 7 April 2020
Cara Permohonan & Kemaskini Nombor Telefon KWSP i-Akaun Melalui Emel
Kini anda boleh buat PERMOHONAN BARU & KEMASKINI (UPDATE) NO. TELEFON BIMBIT melalui emel sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter atau Kiosk KWSP sewaktu musim PKP/MCO/RMO ini. Bagi permohonan i-Lestari anda perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.
1. 4 Apps yang perlu anda install ( Install ini Cara bagi pengguna smartphone sahaja, jika guna PC boleh edit dokumen seperti biasa tanpa install apps) :
- ADOBE ACROBAT
- GOOGLE DRIVE
- COLLAGE MAKER
- GMAIL / EMAIL
2. Download Borang permohonan / kemaskini i-Akaun KWSP
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf
3. Isi borang dengan lengkap secara bertaip dan sediakan 5 dokumen :
Salinan MyKad ( Depan & belakang )
- Save dengan format nama : iakaundaftar_MyKad_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
Gambar Selfi bersama MyKad yang jelas
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Swafoto_(Nama Anda)
Bukti pemilikan nombor telefon
- Contoh : Bil telefon / Kontrak pendaftaran telefon / Resit bayaran deposit
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Telefon_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
Salinan Buku Bank / Penyata Bank Akaun yang masih aktif
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Bank_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
4. Save semua dokumen dalam GOOGLE DRIVE.
5. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my
Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di Emel Bantuan KWSP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment