Friday, 31 March 2017

Main game Pac-Man di Google Maps sempena April Fool 2017

Hari ni tiba-tiba dapat notification dari facebook katanya akaun facebook aku telah di log masuk menggunakan satu apps lain dan siap bagi ip adress orang yang akses akaun tu sekali. Kemudian dengan rasa takotnya pergi check di IP location finder, sekali ip address sendiri daaaa..apalah facebook ni buat orang cuak je. saja aku bukak google maps sebab nak detect longitude dan magnitude tu sekali rumah sendiri yang keluar hahaha.

sedar tak sedar dah masuk bulan April 2017 dan harini merupakan hari April Fool, kalau dekat sekolah ni mesti ramai kawan-kawan yang nak kenakan kita dengan tagline " April Foolllll". Tadi masa buka website Google Maps aku ternampak sesuatu yang menarik la, apa dia yang menarik tu ? Ohhh rupanya google maps menyediakan permainan pac-man di mana kita boleh main game ni dan kutip coins. Dah lama tak main game pac-man ni, caranya mudah je korang pergi ke Google Maps website dan tak perlu masukkan alamat pon boleh terus main game ni. Click saja gambar insert coin dekat bawah belah kiri tu dan boleh mula main dan kutip sebanyak mana coins.

Google Maps Pac-Man

Google Maps Pac-Man

Google Maps Pac-Man

Rupanya idea ini google maps telah keluarkan masa tahun 2015 lagi dan idea ni datang balik untuk April Fool 2017. Nampaknya google dah kekurangan idea baru ni, kalau kita dapat lumba motor atau kereta dekat real street ni pon best kan ? Hope google maps terima idea aku hahaha.

Saturday, 11 March 2017

21 grilled Taman Cempaka Ipoh


Hari sabtu macam ni haruslah kita berjalan sikit makan dekat luar ye? Tapi hari ini rasa ingat nak makan bungkus je dekat rumah sebab tengah hari tadi tak makan nasi pon. So destinasi makan kita kali ni ialah ke Restoran 21 Grilled yang terletak di Taman Cempaka Ipoh. Walaupun duduk dekat Ipoh ni tapi baru kali ni berkesempatan nak singgah makan dekat sini. Disebabkan aku ni memang penggemar burger so tapau la burger petang ni.

21 Grilled Ipoh

Lokasi dia memang cukup strategik sebab Taman Cempaka ni memang tempat tumpuan bagi student Politeknik Ungku Omar Ipoh ni disebabkan disinilah tempat untuk print, fotostat segala jenis assignment dan project dan disini jugak ada station minyak Caltex. So kalau time pelajar-pelajar ni kaya sikit boleh la singgah 21 Grilled sebab harga dia standard macam kita makan dekat KFC atau McDonald jugak tetapi apa yang istimewanya dekat sini ialah 21 Grilled menyediakan burger gergasi !!! yaaa gergasi dan aku pon dah cuba makan memang sedap rugi kalau tak cuba.


Macam-macam jenis burger ada sampai susah nak pilih mana satu


Akhirnya order Beef Monster Grilled . Tengok harga macam mahal kan tapiii burger gergasi ni boleh makan sampai 8 org tau !


Dekorasi dalam kedai yang tersusun dan cantik



Dekat luar ni ada jual air kopi yang istimewa dari 21 Grilled, kalau cuaca tengah panas tu boleh la cuba air kopi dan koko yang best ni . Ok nak tengok macam mana rupa burger gergasi dari 21 Grilled ni ? Ok jom tengok. Tadi abang kaunter tanya nak belah 4 atau 8 ? aku pon belah 4 jela sekali belah 4 pon still besar wei bila sampai je dekat rumah pergi ambil pisau belah lagi sampai kecik, so korang yang nak beli baik request belah 8 ! 




dengan burger yang dilimpahi cheese yang melelah buat aku tak sabar nak makan


haaa ini dia daging dia, besar tak ? aku tengok dah macam kek dah mesti liat ni tapi sangkaan aku salah sebab daging dia lembut je bila gigit dan korang takkan sakit gusi bila makan. 


ini rupa bentuk burger gergasi ni dari dalam. korang tengok jela ketebalan daging burger buat aku rasa lagi membuak-buak nak makan sebab sedap weiii rugi kalau korang tak cuba. boleh datang kawan-kawan datang lepak makan dekat sini sebab kalau makan sorang mesti tak habis. Tapi jangan risau burger saiz biasa pon ada jugak harga dalam lingkungan RM10 -RM15 macam tu. 


Nama Restoran: 21 Grilled

Alamat: No 87, Regat Cempaka Taman Cempaka Ipoh ( bersebelahan dengan Restoran Bharakat dan Kedai Motor )
No telefon: 019-666 6687



Wednesday, 8 March 2017

Beli barang murah di AliExpress


Mengapa berbelanja di Lazada, Zalora dan sebagainya kalau kita boleh dapat harga barang murah di AliExpress? wahh gituu kan..sebenarnya aku tak tahu pon kewujudan AliExpress sebab yang popular kan website Alibaba, AliExpress jarang dengar. So suatu hari terjumpala website Aliexpress ni dan tengok-tengok harga barang yang dorang tawarkan lebih murah berbanding Lazada. Aku pon apa lagi excited nak beli. Tapi aku tukar currency dia ke dalam dollar $ so pandai-pandai korang convert kan harga dia sendiri ye. Mari kita tengok aku beli apa di AliExpress.

AliExpress

Sebelum nak membeli di AliExpress pastikan korang ada akaun Paypal mahupun kad debit atau kredit kerana dari segi pembayaran nanti kita kena guna paypal atau kad debit / kredit. Kalau nak murah pos ke Malaysia korang pilih la option free shipping dan sort item mengikut harga dari rendah ke mahal. Aku dah beli tiga item di AliExpress iaitu beg makeup, Silicone brush cleaning makeup dan juga berus makeup. 


Beg makeup ni kalau di Lazada lebih kurang RM15.00 ke atas tapi dekat AliExpress hanya $2.20 bersaman dengan $2.20 x RM4.46 = RM9.80. Murah kan ?





Dua item dah sampai iaitu beg makeup dan berus makeup. Kalau nak beli dekat sini kena sabar sikit la ye sebab dia akan ambil masa selama sebulan atau lebih untuk sampai ke rumah dan bergantung juga dengan cara penghantaran yang korang pilih, Aku pilih China Post Ordinary Small Packet Plus Delivery je sebab tiada cas dikenakan dan alhamdulillah barang sampai elok je sebab posmen biasa yang hantar surat rumah korang tu yang hantar. Tapi barang aku tak sampai sebulan pon dah sampai aku rasa dalam dua ke tiga minggu je dia ambik masa dengan menggunakan china post tadi. Tapi ada satu lagi barang tak sampai lagi iaitu silicone brush cleaning makeup tu seller post via 4PX Singapore Post OM Pro, tak tahu kenapa lambat sikit sampai dari barang yang lain. Kalau check guna track order tu dia tak update pon status, tulis dalam tu macam lambat lagi sampai tapi tengok-tengok barang dah sampai dulu dekat rumah. Packaging dia sama macam poslaju tu tapi bukan poslaju yang hantar tapi posmen biasa. So kalau korang takde dekat rumah pon jangan risau kalau barang sampai sebab ada je dia stay dalam peti surat. 


China post ordinary small packet plus

China post ordinary small packet plus

Travel Cosmetic makeup bag

Travel Cosmetic makeup bag

Chubby pier foudation brush flat

Puas hati dengan barang yang aku beli di AliExpress sebab sampul plastik pos dan dapat barang dalam keadaan yang baik tanpa kerosakan. Lepas ni nak repeat order lagi di AliExpress dengan cari barang-barang lebih murah berbanding di Lazada. Mak aku pon dah tanya apa lagi barang yang murah dekat sini ? hehe berkenan la tu nak beli jugak.




Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Maybank charge RM8.48 untuk ATM debit / credit card setahun?

Kalau meniaga online ni memang selalu akan check online banking untuk lihat transaksi daripada customer kan, so tadi masa tengah cek tengok ada duit kena tolak RM8.48 untuk Debit Advice pada 21 Feb 2017. banyak tu...kena charge gst RM1.60 pun dah rasa banyak inikan pulak RM8.48. Rasanya semalam tiada buat transaksi guna debit card Maybank lepastu macam pelik la duit apa pulak Maybank tolak ni, then bila dah google baru tahu kenapa duit kena tolak.

Maybank debit advice charge


Rupanya kita akan di charge RM8.48 untuk setiap tahun bagi pengguna kad ATM debit / credit card Maybank ni, ini bagi menikmati unlimited cash withdrawal maksudnya untuk setiap 4 kali withdraw dalam setiap bulan adalah FREE dan untuk kali ke 5 berikutnya dalam bulan tu kita akan di charge sebanyak RM0.50 untuk setiap kali withdraw melainkan baki dalam akaun korang ada RM5000 maka tidak dikenakan charge.


Maybank charge

Memandangkan rakyat Malaysia semua dah bertukar ke kad Maybank baru iaitu debit card maka mesti korang takkan perasan yang korang akan di charge sebanyak RM8.48 setiap tahun. So apa nak buat bila kita tak mahu benda ni terjadi dan tak nak duit dalam akaun kita ditolak sebanyak RM8.48 setiap tahun? korang boleh pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk bantuan dan menukar pilihan yuran ATM card ini kerana pengesahan yang betol perlu dibuat untuk proses ini.


Maybank Facebook Page

Jika korang sejenis manusia yang selalu mengeluarkan duit lebih dari 5 kali sebulan so dinasihatkan biarkan jela Debit Advice tu ditolak dari akaun bank sebab nanti kena charge pulak untuk setiap transaksi yang lebih daripada 4 kali sebulan. setelah dekat 5 tahun pakai debit card baru tau benda ni. tak pasti bank lain guna kaedah yang sama dengan maybank jugak atau tak. Please alert untuk isu ini jikalau anda sayangkan duit anda.


Mudahnya jual barang di Carousell


Setelah Zul Ariffin promote habis-habisan cerita J-Revolusi yang sedang ditayangkan di pawagam, Zul Ariffin pun dah jadi Duta Carousell dan sibuk mempromosikan website Carousell di mata masyarakat. Apa itu carousell dan apa kita boleh buat dengan Couresell ? Ianya adalah website jual beli barang yang mana website dia lebih kurang macam Mudah.my cuma aku rasa lebih yakin membeli di Couresell kerana terdapat banyak jualan dari seluruh negeri dalam Malaysia ni samada jualan barang yang baru atau barang terpakai atau disebut sebagai preloved.


Jangan biarkan barang-barang lama anda terbiar dalam rumah sampai berhabuk, kalau barang tu masih boleh digunakan dan masih dalam keadaan baik baik korang jual je kepada yang memerlukan. Untung orang lain dapat beli murah dari kita. 


Ini adalah profile Carousell aku, dah buat lama tapi baru nak aktif baru-baru ni semua disebabkan Zul Ariffin tau ! hahaha. Tapi tengok aku baru jual barang preloved 3 item je, satu tu dah sold out macam goreng pisang panasss. Aku baru letak gambar tu pagi, tapi tengah hari sampai ke petang dah banyak orang message sebab nak beli. Bila malam tu baru la sold out. Alhamdulillah



Inilah barang yang sold out tadi ! Hebat kan Carousell ?

Ok macam mana nak guna Couresell ni tak tahu la. Sebenarnya korang boleh download app Couresell di playstore bagi memudahkan proses jual beli sebab bila kita upload je gambar boleh terus hantar ke dalam Apps ini. Aku pakai website je sebab memori phone dah penuh hehehehe


Katakanlah korang nak jual helmet kan lepastu tekan saja button 'Sell' warna merah dekat atas sebelah kanan tu dan upload gambar helmet yang nak jual tadi lepastu letak sikit description item tu berserta dengan harga serta postage. Lepastu tekan je ' List My Item' warna biru dibawah dan siap ! Barang anda dah boleh di view oleh semua pengguna.

Dah tengok filem blockbuster J Revolusi ? Mesti best kalau dapat jumpa Zul Ariffin ! Anda berpeluang menang eksklusif pass MEET & GREET untuk kenal lebih dekat dengan Zul Ariffin. Caranya mudah je, korang hanya perlu buka website Carousell.com dan klik pada poster gambar Zul Ariffin dan beli barang dari koleksi yang tersenarai di bawah koleksi Carousell x Zul Ariffin



  Semuanya mudah dengan Carousell kan ? #CarousellMY #semuabolehduit


Macam mana cara nak ambil brim ?


Ok firstly nak ucapkan tahniah kepada semua penerima brim atau BR1M ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia ) sebab akhirnya setelah menunggu jawapan daripada website semakan brim tu daripada dalam proses sehinggalah status lulus. Bagi yang tak dapat sebab SSM yang dah viral dan sebagainya bertabahlah mungkin rezeki kita bukan terletak di tangan kerajaan, aku ni dapat pon sebab tengah menganggur sekarang dan takde apa-apa pendapatan. 


So adakah korang baru first time menerima brim atau dah pernah dapat tapi tak tahu cara nak ambil brim bagi kelompok 1 tahun 2017 ni ? aku mari nak ajar sikit sebab semalam aku baru ambil brim ni setelah mendapat surat dari posmen  minggu lepas. Dalam surat tu ada diisikan maklumat kita  dan sekeping baucer sekali. Memandangkan aku ni bujang tak kahwin lagi so dapatlah merasa RM450 dari kerajaan tapi sekali dapat jela kalau orang dah kahwin dapat la RM400 untuk 3 bulan.


Surat brim bagi individu bujang


Dalam surat tu menyatakan aku kena pergi cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) untuk tebus baucer tu. Dah bagi no akaun masa isi borang pon kena pergi ke BSN lagi tapi nak buat macam mana pergi jela. Esoknya pergi la ke cawangan BSN di Medan Gopeng berdekatan dengan Klinik Pergigian Azira dan Megoplex tu sekali mak aiii ramainya beratur sampai ke 4 kedai sebelah BSN tu maka aku pon berhuhu la tak jadi nak ambil hari tu sebab malas nak beratur.


Then semalam 8/3/2017 aku cadang nak pergi lagi ke cawangan BSN Medan Gopeng tu mana tau kot-kot dah reda ke tak banyak sangat orang beratur sekali datang memang orang yang beratur tu sama dengan minggu lepas hahaha. So aku pon fikir lantak jela karang bila beratur tu sedar tak sedar dah boleh dapat kan chill je la. Masa tengah beratur tu punya la panas tahan jela, sekali Nampak aunty chinese ni dia pegang borang warna putih merah then aku tanya nak kena isi borang dulu ke ? haa dia kata kena masuk dalam ambil borang di kaunter dan minta pada polis bantuan dekat situ. Disebabkan pergi sorang je maka aku pon masuk dalam nak ambil borang, isi nama, kad pengenalan, jumlah bayaran dan no telefon dekat meja situ lepastu beratur la balik sebab takde orang nak jaga barisan tadi.


Borang brim BSN

Kesian wei aku tengok ada yang datang tu dah peringkat warga emas dah bertongkat semua kena pimpin lepastu nak beratur lagi apa la salahnya masukkan duit brim tu ke dalam akaun terus kan senang. Saboo jela makcik…Masa tengah beratur tu ada pakcik ni datang dia cakap pergi lah kat cawangan BSN Meru dekat dengan Mydin Mall Meru tu sebab sana takde orang sangat dan rupanya cawangan BSN kat pekan Ipoh tu dah pindah kat Meru sebab aku dengar polis bantuan tu cerita semalam.


BSN Medan Gopeng

Masa tengah beratur tu pon dah dekat pukul 4.30 petang bank pon nak tutup dah. Tapat je pukul 4.30 pintu bank ditutup dan orang yang masih ada dalam bank remain je dalam tu sampai la urusan selesai. Ada seorang pekerja BSN ni datang ke setiap orang untuk ambil jap cari belah kiri untuk dicopkan pada borang BSN tu dan juga di Baucer dan surat brim. So beratur punya beratur tibalah giliran aku dan ambil la RM450 dengan senyum leboo hahaha. Lepas dapat brim teros pergi RHB bank untuk masukkan duit dalam akaun, kalau simpan je karang cepat je habis. Ok sampai sini jela nak cerita. Kalau untuk penerima brim kelompok dua pulak aku tak tahu lagi macam mana caranya mungkin lain dari kelompok 1 wallahualam.  


Mudahnya dengan easyparcel




Pernah dengar tak dengar Easyparcel ? Easyparcel ni merupakan syarikat perantaraan kita dengan syarikat penghantaran yang ada di Malaysia ini seperti Poslaju, SkyNet, Gdex dan sebagainya. Mereka memudahkan kita untuk menghantar barang terutamanya untuk orang yang tidak melanggan dengan Poslaju untuk pickup barang di tempat kita kalau kita ada banyak parcel yang nak dihantar kepada customer ataupun bagi mereka yang tidak mempunyai masa atau kenderaan untuk ke syarikat courier untuk menghantar barang. Dengan easyparcel semuanya mudah dihujung jari anda sahaja.


Aku tahu pasal easyparcel ni pon sebab dari iklan di Facebook, terjumpa then terus PM dorang tahu detail dan teros sign up di website easyparcel.my Untuk melanggan. Yang bestnya bila dah sign up untuk kali pertama kita akan diberi RM25 kredit percuma untuk digunakan sebagai  duit untuk bayar jumlah postage barang. Bagi harga postage barang pulak mereka akan caj lebih sedikit sebab mereka hanya medium untuk syarikat kourier ofcoz la ada caj sikit. Disebabkan aku ni ada meniaga online kecil-kecilan dan selalu jual barang preloved dan aku sendiri tidak mempunyai kenderaan untuk ke poslaju yang berdekatan, maka aku memilih untuk mengunakan perkhidmatan easyparcel. Apa yang perlu kita ada hanyalah printer untuk print consignment note nanti. Kalau macam aku yang takde printer ni gigih la pergi kedai print, nanti nak beli printer la senang sikit nak guna easyparcel ni.



Macam mana cara nak guna easyparcel ni ? ok langkahnya mudah sahaja pertama sekali korang perlu SIGN UP akaun di easyparcel.my


Kemudian pilih samada ingin menghantar barang domestik ( dalam Malaysia ) atau pon international ( ke luar negara ) dan masukkan tempat pengirim iaitu anda sendiri berserta poskod.


kemudian masukkan tempat penerima barang beserta dengan poskod


Masukkan jumlah berat barang dan tekan button ' Quote & Book '


Buat pilihan samada ingin pos hari yang sama, scheduled ataupon on demand. Kalau nak pilih same day pastikan anda buat sebelum pukul 12.00 pm ye. 


Ini kalau pilih pos same day, lihat tarikh pada paparan berserta dengan harga postage dan tekan button ' book now '


Ini kalau pilih pos scheduled iaitu anda boleh pilih nak pos hari esok, lusa ke atau minggu depan.  Lihat tarikh pada paparan berserta dengan harga postage dan tekan button ' book now '


Masukkan kandungan parcel anda contoh 'Dress'  dan jumlah 'RM70' 


Masukkan alamat anda sebelah kiri dan alamat penerima pada sebelah kanana


Selepas selesai memasukkan alamat, jangan lupa untuk tick agree pada maklumat dibawah ini dan tekan button 'Next Step'


Selepas itu semak kembali maklumat barang yang hendak dihantar pada button sebelah warna hijau dan jika betul tekan button ' Check Out ' untuk pembayaran


Semak jumlah harga yang ditetapkan dan tekan button ' Pay with Credit Now ' jika kredit percuma anda ada baki lagi maka bolehlah guna, jika credit tidak mencukupi so boleh la tambah untuk mendapatkan harga postage yang lebih murah.


Jika sudah membuat pembayaran, boleh la print consignment note. Pastikan anda ada printer di rumah ataupun save dulu consignment note itu dan print kemudian sebelum orang easyparcel datang pick up


Ini adalah contoh consignment note yang telah di cetak dan tinggal untuk save pdf ini dan simpan untuk cetak atau rujukan


Jika sudah print, tekan button 'Ok' dan selesai


Tahniah anda dah berjaya untuk step di atas.



Yeahhh akhirnya berjaya jugak, Tunggu untuk next post macam mana aku print kertas consignment note dan masukkan dalam plastik parcel wrap barang dalam plastik dan tunggu orang easyparcel untuk datang pick up di rumah.