photo : perak.travellin360
like seriously kau duduk ipoh tapi tak sedar akan kehadiran Sekeping Kok Heng ?
"sila pindah dari ipoh sekarang jugak"
kata seorang warga ipoh cgpa 3.85 hahaha. jangan kata korang, aku pon tak tahu sebenarnya hotel vintage ni wujud dekat ipoh dan bagi penggemar hipster ni memang kau boleh datang sini, tidur sini, ambil gambar , upload instagram dan share ke seluruh dunia ye tentang hotel ni sebab tempat ni memang sesuai dengan jiwa hipster dan vintage budak budak sekarang. First sekali tengok bilik dalam hotel Sekeping Kok Heng ni aku macam ...
" Wowww...dasyat gila bilik dia, seram pon ada. Ada ke orang nak tidur tempat seram macam ni ? "
tapi korang belum tengok lagi semua jenis bilik yang hotel ni sediakan. seram memang seram dan tempat ni bukanlah pengambaran cerita misteri blok 404 mahupun cerita seram sejuk david teo. hotel ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Sekeping Kok Heng terletak di neo-klasik bangunan 3 tingkat yang telah digunakan sebagai asrama untuk menempatkan persembahan teater yang dilakukan di dalam bangunan teater yang bersebelahan yang terbakar dalam semasa era 50-an . Kiranya bangunan ni dah 90 tahun ada dekat ipoh. Sekeping family ni ada jugak dekat tempat lain so dorang buka cawangan di Ipoh pulak.
lokasi Hotel Sekeping Kok Heng Ipoh ni berdekatan dengan Plan B yang famous dengan ais kepal tu di Pekan Ipoh. Masa hari tu ada la singgah Plan B kejap sebab nak ambil gambar, tapi tak tahu pulak dekat atas Plan B tu ada hotel ni.
Sekeping Kong Heng75 Jalan Panglima30000 Ipoh, PerakTel : +6012-2272745 / +605-2418977 (Ms Lau)
Kalau bagi sesiapa yang berminat nak tidur dekat sini dan tak tahu berapa harga untuk semalam boleh tengok list dekat bawah. Jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan tetapi jika korang seorang yang menggemari dan mencintai suasana alam yang indah, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan senibina bangunan lama maka tak rugi bermalam dekat sini.
Jenis bilik yang ditawarkan dan harga bilik
di Sekeping Kok Heng :
a) standard room with double/single beds
Harga : RM220 per night (2 pax per room)
b) family room
Harga : RM800 per night (6 pax) - 1 Double bed, 4 Single Beds
photo : perak.travellin360 |
Harga : RM800 per night ( 2 Double bed , 2 Single Beds )
D) ROOM 1 O'CLOCK
Harga : RM350 per night
E) ROOM 2 O'CLOCK
Harga : RM400 per night
photo : perak.travellin360
F) ROOM 3 O'CLOCK
Harga : RM300 per night
photo : perak.travellin360
G) ROOM 4 O'CLOCK
Harga : RM400 per night
photo : perak.travellin360
Nak buat event pon boleh di Sekeping Kok Heng, boleh guna semua jenis bilik,8 standard rooms + 1 family room (Annexe 1st floor) + 1 retreat space with 2 suspended glass houses (2nd floor) + communal space (Annexe 2nd floor)Harga : RM3900 / max 50 per event / sleeps max 28pax
photo : perak.travellin360
kalau rasa macam nak pergi sangat datang sini tapi lokasinya jauh dari tempat tinggal korang, jangan risau sebab Family Sekeping ada banyak lagi dekat cawangan lain seperti :
- Sekeping Serendah, Selangor
- Sekeping Tenggiri , Bangsar Kuala Lumpur
- Sekeping Backlane , Bangsar Kuala Lumpur
- Sekeping Terasek , Bangsar Kuala Lumpur
- Sekeping Victoria, Penang
- Sekeping Pinang, Penang
- Sekeping Sin Chew Kee, Pudu Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment