Tuesday, 7 April 2020
Cara Permohonan KWSP i-Lestari Melalui i-Akaun
Permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula hari ini, boleh dibuat melalui aplikasi i-Akaun atau emel. Bayaran maksimum RM500 selama 12 bulan akan diberi apabila permohonan telah lulus oleh KWSP.
KWSP dalam kenyataan hari ini, melalui emel, pencarum boleh mendapatkan perkhidmatan pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari di ilestari@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari di ilestarimohon@epf.gov.my.
Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus di ve2020@epf.gov.my.
Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di Emel Bantuan KWSP
Cara Permohonan & Kemaskini Nombor Telefon KWSP i-Akaun Melalui Emel
Kini anda boleh buat PERMOHONAN BARU & KEMASKINI (UPDATE) NO. TELEFON BIMBIT melalui emel sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter atau Kiosk KWSP sewaktu musim PKP/MCO/RMO ini. Bagi permohonan i-Lestari anda perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.
1. 4 Apps yang perlu anda install ( Install ini Cara bagi pengguna smartphone sahaja, jika guna PC boleh edit dokumen seperti biasa tanpa install apps) :
- ADOBE ACROBAT
- GOOGLE DRIVE
- COLLAGE MAKER
- GMAIL / EMAIL
2. Download Borang permohonan / kemaskini i-Akaun KWSP
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf
3. Isi borang dengan lengkap secara bertaip dan sediakan 5 dokumen :
Salinan MyKad ( Depan & belakang )
- Save dengan format nama : iakaundaftar_MyKad_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
Gambar Selfi bersama MyKad yang jelas
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Swafoto_(Nama Anda)
Bukti pemilikan nombor telefon
- Contoh : Bil telefon / Kontrak pendaftaran telefon / Resit bayaran deposit
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Telefon_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
Salinan Buku Bank / Penyata Bank Akaun yang masih aktif
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Bank_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
4. Save semua dokumen dalam GOOGLE DRIVE.
5. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my
Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di Emel Bantuan KWSP
Saturday, 1 February 2020
Pelan TIME Wifi Home Fibre Broadband SEBULAN PERCUMA
Pening nak cari pelan wifi terbaik untuk rumah korang ?
Kini TIME Home Fibre Broadband hadir dengan promosi harga yang lebih murah berbanding Home Fibre yang lain dan TIME ada promosi SEBULAN PERCUMA bagi yang mendaftar daripada 6 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020 sahaja.
Kenapa TIME jadi pilihan ?
Kini TIME Home Fibre Broadband hadir dengan promosi harga yang lebih murah berbanding Home Fibre yang lain dan TIME ada promosi SEBULAN PERCUMA bagi yang mendaftar daripada 6 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020 sahaja.
Kenapa TIME jadi pilihan ?
- 1Gbps kelajuan terpantas.
- Nikmati kelajuan tertinggi tanpa terikat dengan tempoh kontrak.
- 100% Fibre network untuk memastikan kelajuan yang lebih tinggi dan kestabilan yang lebih baik.
- Meningkatkan pengalaman anda dengan Peranti TIME, dibuat untuk permainan, kesambungan dan kelajuan yang lebih baik!
Pakej Plan yang disediakan amatlah berbaloi ! mana nak dapat dari pelan peranti yang lain ?
bagi 100Mbps hanya RM99 sebulan, 500Mbps RM139 sebulan dan 1Gbps hanya RM199 sahaja ! Murah beb. Tapi sebelum nak pakai boleh cek coverage kawasan rumah dulu yer di website TIME.
TIME PLAN PAKEJ DAN HARGA |
TIME PLAN PAKEJ |
Bagi pendapat aku la TIME ni memang betol-betol bagi harga yang murah dari pelan peranti yang lain. Cuma TIME ni tak banyak kawasan yang ada coverage. Tapi kalau korang dah check kawasan korang ada coverage, tunggu apa lagi ? JOM DAFTAR SEKARANG Promosi percuma sebulan ni sah sehingga 29 Februari 2020 je tau. Cepat sebelum terlambat.
Wednesday, 18 December 2019
Doktor Malaysia Perkenal Tudung Pakai Buang Pertama Bagi Mengelak Jangkitan Kuman
Royal Derby Hospital percaya bahawa ini adalah merupakan yang pertama di UK yang memperkenalkan dan menghasilkan tudung sterile pakai buang yang boleh digunakan oleh staf mereka ketika berada di bilik operasi ( operating theatres - OT).
Menurut Dr Farah Roslan, yang bekerja di Linconshire UK, menyatakan bahawa idea ini datang apabila dia menjalankan latihan di sebagai medical student di University Hospital Derby and Burton NHS Trust.
" Saya telah menggunakan tudung yang sama sepanjang hari yang jelas tidak bersih dan ideal "
" Saya tidak berasa selesa menanggalkannya dan saya juga telah dikeluarkan daripada bilik operasi oleh kerana kawalan jangkitan " katanya lagi.
Katanya, ini adalah jalan penyelesaian bagi seorang muslim untuk memakai pakaian yang sesuai dengan pegangan agama dan disamping dapat mengimbangi kerjaya di tempat kerja.
Sebelum membuat kain reka bentuk dan ujian, Dr Farah Roslan telah memilih negara kelahirannya, Malaysia sebagai rujukan dan sumber inspirasi. Beliau berharap rekaan ini dapat digunakan lebih meluas lagi ke seluruh dunia. Tudung rekaan ini sudah mula digunakan ketika awal Disember yang lepas.
Menurut Dr Farah Roslan, yang bekerja di Linconshire UK, menyatakan bahawa idea ini datang apabila dia menjalankan latihan di sebagai medical student di University Hospital Derby and Burton NHS Trust.
" Saya telah menggunakan tudung yang sama sepanjang hari yang jelas tidak bersih dan ideal "
" Saya tidak berasa selesa menanggalkannya dan saya juga telah dikeluarkan daripada bilik operasi oleh kerana kawalan jangkitan " katanya lagi.
Katanya, ini adalah jalan penyelesaian bagi seorang muslim untuk memakai pakaian yang sesuai dengan pegangan agama dan disamping dapat mengimbangi kerjaya di tempat kerja.
Sebelum membuat kain reka bentuk dan ujian, Dr Farah Roslan telah memilih negara kelahirannya, Malaysia sebagai rujukan dan sumber inspirasi. Beliau berharap rekaan ini dapat digunakan lebih meluas lagi ke seluruh dunia. Tudung rekaan ini sudah mula digunakan ketika awal Disember yang lepas.
Sunday, 15 September 2019
Tips Menghadapi Jerebu & Pembelian Mask Jerebu
Bagi krisis jerebu 2019 yang melanda Malaysia kali ni, Bacaan ipu hari ini sudah ke tahap yang tidak sihat iaitu diantara 151 - 200, dimana kemungkinan semua orang akan mengalami masalah kesihatan. Kerajaan menyarankan untuk semua orang memakai topeng muka jenis N95 ketika berada diluar rumah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.
Tahap IPU Jerebu |
Tips Menghadapi Jerebu
Tips menghadapi jerebu |
1. Banyakkan minum air kosong
Dengan cuaca yang tidak sihat serta panas, badan manusia mudah terhidrasi dan kita memerlukan jumlah air yang banyak. Dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan dengan 2L/2000ML air.
2. Kurangkan aktiviti diluar rumah
Seboleh-bolehnya duduk dirumah sahaja dan tidak terdedah dengan udara luar kerana udara yang kita sedut itu sudah tidak sihat lagi dan dicemari. Dikhuatiri akan menyebabkan pelbagai penyakit yang datang.
3. Pakai mask / topeng muka
Jika terpaksa juga keluar seperti ke tempat kerja, sekolah atau urusan yang penting, dinasihatkan
untuk mengenakan topeng muka bagi mengelakkan kita tersedut asap atau habuk halus yang
berterbaran di udara. Kerajaan menyarankan untuk semua memakai face mask jenis N95 iaitu
mask yang mampu berfungsi untuk melindungki kita dari serangan dan partikel-partikel halus
jerebu.
Bagi yang nak dapatkan stok topeng muka jerebu / haze face mask untuk jerebu secara online, anda boleh membuat pembelian melalui MR. DIY ONLINE & SHOPEE. Link seperti di bawah :
MR.DIY
1. ROLLINGDOG Dust Masks FFP2 NR Respirator Masks With
Exhalation Valve (2 Pcs) : https://bit.ly/2mi6peQ
2. INGCO Dust Mask (3 Pcs) : https://bit.ly/2lOUJQA
3. ONSITE Dust Mask Set (5 Pcs) : https://bit.ly/2lUAoJq
SHOPEE
1. 3M N95 Particulate Respirator 9010 Anti Haze Disposable Masks : https://bit.ly/2kh9oU3
2. N95 8210 Anti Haze Particulate Disposable Respirator Mask (5 Pcs) : https://bit.ly/2m9WiZk
3.Powecom N95 Disposable Breathable (3 Pcs) : https://bit.ly/2kMGyLv
4. Kurangkan sumber pencemaran udara dalaman
Kalau boleh elakkan untuk terdedah dengan pencemaran udara dalaman seperti asap rokok dan juga udara yang masuk ke dalam rumah kita. Jika anda mempunyai Air Purifier lebih elok, jika
tiada boleh cari di SHOPEE untuk mendapatkan Air Purifier yang murah dan mampu milik.
5. Gunakan penghawa dingin ketika memandu
Jika anda menaiki kenderaan, pastikan tingkap bertutup bagi mengelakkan kita dari udara jerebu
dan digalakkan untuk memasang penghawa dingin dan pilih operasi ( mode ) kitaran udara
dalaman.
Diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda semua untuk kekal sihat dalam mengatasi krisis jerebu ini. Saya juga sudah kecundang dan sudah dijangkiti virus demam jerebu, selsema, batuk, sakit tekak dan mata berair.
KEEP HAZE AWAY ! STAY SAFE !
Monday, 17 April 2017
Proses pulang dan refund barang Lazada
Selama berbelanja di Lazada ni barang-barang yang aku beli semuanya ok ok sahaja cuma ada satu mini mesin jahit yang kecil and murah tu tak berapa ok sangat sebab bila nak jahit macam tersekat-sekat dan aku pon lambat bertindak dan benda tu pon dah terlambat nak pulang dan minta refund.
Baru-baru ni aku ada beli mini chopper dari Lazada konon-konon nak suprise dekat mak aku sebab mak aku pernah mintak belikan benda ni. Lalu aku pon order la dan benda ni sampai..dengan excitednya aku bukak parcel siap pasang apa semua dan terus cucuk plug untuk test. Malangnya mesin tu tak berfungsi lepas aku tekan on.
Mak aku dah bising-bising dah kenapa benda ni tak boleh la apela kan so aku terus decide bukak google untuk tengok macam mana cara proses nak minta ganti, pulangan atau refund balik duit. Google punya punya dah jumpa caranya. Rujuk gambar dan cara-cara dibawah ya.
1. Check validity of the return policy.
Pergi ke detail barang yang korang nak pulangkan tu dan cuba check pada bahagian yang aku bulatkan warna merah. Disitu ada dinyatakan yang barangan tersebut merupakan 100% buyer proctection dan Satisfaction guarantee dan juga 14 days easy return bermaksud disini pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang diterima, boleh tukar barang jika kita berubah fikiran, boleh dapat refund duit semula dan juga lazada verified-service sellers.
Jika sudah melebihi dari tempoh tarikh yang diberikan, kita boleh check status waranti item tersebut dengan direct terus pada manufacturer untuk maklumat lanjut, Detail pengilang boleh tengok pada warranty card yang kita dapat sekali dengan item tersebut.
Kena tengok jugak barang yang korang nak pulangkan tu apa jenis kerosakan yang diterima pakai oleh pihak Lazada. Kalau boleh lepas dapat parcel simpan semua item yang diberi dengan kertas invoice dan juga shipment detail kita pada muka depan parcel. Kenalpasti apa jenis kerosakan yang boleh diterima pakai oleh pihak lazada. Maklumat lanjut boleh tekan pada How to return in Customer care.
2. Fill in online returns form and print shipping label
Pada bahagian nak isi online return ni korang perlu ikut step macam ni. Pergi pada bahagian tab accout lazada dan pilih my orders. Kemudian akan keluar senarai barang-barang yang korang pernah order sebelum ni. Untuk pengetahuan korang once barang tu dah sampai barulah boleh kita proceed pada return barang. Pada bahagian manage order sepatutnya ada return link tapi disebabkan aku dah pulangkan barang tu makan link dah hilang dari situ,
Klik pada return dan korang kena isi semua maklumat barang tu dan pilih jenis kerosakan barang yang hendak dipulangkan balik berserta dengan maklumat akaun bank. Jika hendak menggunakan perkhidmata poslaju, piih poslaju dan jika hendak menggunakan perkhidmatan lain pilih je dekat situ dan make sure baca syarat-syarat bagi setiap perkhidmatan kurier. Pilih samada nak dapat ganti atau nak dapat pulang duit balik dengan full refund. Lepas dah isi semua details item boleh pilih untuk print shipping label. Sediakan printer untuk print dan jika tiada printer save dulu form tu dan print kemudian.
Ini aku pilih untuk hantar pakai poslaju sebab senang dan mudah kan and pihak Lazada dah siapakan sekali tracking number untuk kita so tak perlu lagi kita nak isi consignment note poslaju. Perlu diingatkan ya return form ni sila print sebanyak 4 keping sebab nanti bila dekat poslaju, orang poslaju tu akan mintak kita 4 helai form ni sebagai rujukan dorang.
3. Pack the Item(s) & attach Shipping Label on the Box
Lepas selesai semua dah packing barang yang rosak tu kedalam box dia berserta dengan semua kertas manual dan waranti dalam box tu kita siap-siap masukkan balik bagi complete set macam mana rupa kita dapat macam tu la kita pulangkan balik. Then, lepas dah siap packing masukkan barang tadi kedalam plastik poslaju atau plastik parcel biasa dan balut elok-elok jangan sampai barang tu nanti lagi damage bila dapat ke pihak Lazada. Kalau tak pasti apa yang perlu dipulangkan bersama dengan barang call hotline Lazada Malaysia.
Apa yang perlu ada dalam plastik parcel tu ialah :
Barang yang hendak dipulangkan lengkap seperti mula-mula dapat berserta manual dan waranti
Bukti pembelian (order number atau tax invoice masa mula-mula dapat parcel )
Shipping label / online returns form ( letak pada luar parcel untuk address - print 4 keping )
4. Drop-off at courier partner
Disebabkan aku dah pilih drop-off dengan menggunakan perkhidmatan poslaju, maka aku pergi la ke kaunter poslaju. Mula-mula aku tanya pada brother dekat situ macam mana nak pulangkan barang dari ke lazada dan dia suruh aku isi borang poslaju berkontrak. Apa yang kena isi ialah tarikh, nama dan alamat berserta dengan tracking number yang diberi oleh pihak Lazada. Kemudian pergi ambil di nombor di mesin dan tunggu nombor giliran untuk dipanggil. Jangan risau sebab barang yang kita nak pulangkan ni percuma dan free postage semua dah ditanggung oleh pihak Lazada. Jika kita dikenakan charge postage boleh maklumkan pada pihak Lazada untuk refund.
5. Refund processing
Setelah selesai ke poslaju, maklumkan pada pihak lazada menerusi emel customer@lazada.com.my untu k follow up barang yang kita return dengan menyediakan maklumat seperti berikut :
- Date Item Was Returned : 01/01/2019
- Courier Use For Return : Poslaju
- Return Tracking Number : EMxxxxxxMY
- Postage Fee Amount (if any) : RM0.00
- Bank Details : 1X3-0XXXX920-XXX
Setelah itu pihak Lazada akan balas emel kita dan menyatakan bahawa barang kita tadi sudah on the way ke warehouse mereka dan simpan baik-baik tracking number poslaju tadi untuk track barang kita dengan courier service. Once barang dah sampai pihak Lazada akan maklumkan menerusi emel dan mereka akan beritahu kita jika barang tu boleh refund atau tidak.
Pemulangan duit akan ambil masa 5-15 hari untuk kita terima dan pihak Lazada akan maklumkan pada kita jika mereka dah refund atau belum. Bagi kes aku ni aku aku berjaya dapat full refund dan duit masuk kedalam akaun lebih kurang dalam seminggu selepas barang sampai ke pihak mereka.
Pesan aku dekat sini ialah jika nak beli barang elektrik lebih baik dan afdal beli di kedai elektrik sendiri ataupun Tesco, Aeon dan sebagainya sebab kita boleh test dekat situ jugak sebelum beli kan dan mungkin barang bukan elektrik boleh beli di Lazada. Jadilah pengguna yang bijak, kita boleh dapatkan hak kita balik jika kita bertindak cepat dan tahu apa proses dan prosedur yang perlu untuk pulangkan barang yang rosak.
Sunday, 2 April 2017
Review Clinique Take the day off makeup cleansing oil [ Part 2 ]
Sebelum ini aku ada cerita kan apa itu teknik double cleansing dan sedikit review mengenai Clinique Cleansing oil. Disebabkan cleansing oil dah tinggal sikit so aku pon mula la mencari dekat mana nak beli produk ni. Aku pergi Sephora di Aeon tengok dekat shelf dia memang tiada produk ni, then pergi ke Parkson bahagian Skincare tu semua tiada jugak. Pelik sangat la kenapa tiada..sebab dah sold out ataupun tiada jual dekat Malaysia.
Last-last jumpa dekat website Lazada, Clinique dengan Sephora. Setelah buat perbandingan harga nampaknya Lazada letak harga yang mahal which is RM150 dan di website Clinique dan Sephora letak harga sama which is RM125. Disebabkan dua-dua website ni dapat free postage dan free sample sebab harga item lebih dari RM80 aku lebih prefer beli di Sephora sebab nak kumpul point dan dapatkan Sephora white card hehehe, itu je yang mampu, lambattt lagi( bak kata Cikgu Zaiton Wan Peah ) nak upgrade ke Sephora black card. Ini adalah first time aku beli di website Sephora dan yang penting setiap kali kita purchase dapat point, edit profile dapat point dan review product pon dapat point. Best kan ?
Untuk purchase kali ni aku ambil Sephora Supreme Body Lotion sebagai free gift bersama dengan pembelian cleansing oil ni. Sephora buat penghantaran menggunakan Aramex dan penghantaran barang daripada Singapore. Order hari Selasa dan dapat barang hari Jumaat. Not bad la jugak kan sebabnya barang datang dari Singapore. Pantas dan efisien kan dorang ? Haaa yang datang dekat rumah bukan Aramex tapi GD Express.
Memang pakai Clinique cleansing oil ni boleh hilangkan makeup ke ? Ye memang boleh hilangkan terus makeup, kotor dan debu di muka korang setelah seharian bermakeup ataupun lama duduk di luar yang penuh debu tu. Ada orang takut nak pakai oil dekat muka sebab muka dorang dah berminyak tapi untuk cleansing oil dia memang berminyak mula-mula then bila basuh muka akan jadi milky dan bersih. Aku nak buat test sikit dengan lipliner , lipstick dan eyeliner untuk tengok keberkesanan dia.
1. Essence Lipliner 11 in the nude
2. Essence Lipliner 08 Red blush
3. Essence Eyeliner pen waterproof
4. In2it Line Define Matte eyeliner
5. Silkygirl Matte Fever Lipcolor balm
6. Farmasi Matte Lipstick code 13
Hand swatches :
1. Farmasi Matte Lipstick code 13
2. Silkygirl Matte Fever Lipcolor balm
3. Essence Lipliner 08 Red blush
4. Essence Lipliner 11 in the nude
5. In2it Line Define Matte eyeliner
6. Essence Eyeliner pen waterproof
Gambar 1 tu aku dah swatch kan semua jenis item di atas dan ada jugak item yang waterproof so susah sikit la nak hilangkan. Gambar kedua tu aku dah sapu cleansing oil dekat tangan dan nampak tangan agak gelap sikit sebab ada lagi kesan makeup dan gambar 3 tu pulak tangan dah dibasuhkan dengan air. So nampak lebih bersih kan ? dan yang bestnya kulit rasa lebih lembut lepas guna dan tiada effect gatal atau tegang pada muka. Lepas cuci dengan Clinique cleansing oil aku cuci dengan Nivea Makeup clear 2in1 scrub as cleansing foam. Memang banyak membantu kulit aku untuk pulih dari jerawat di sekitar pipi dan dahi. Memang nampak dah perubahan sikit pada muka, maybe sebab sebelum ni tak cuci muka betul-betul tetapi lepas guna teknik double cleansing muka terasa lebih bersih dan fresh. Liang Pori-pori dekat muka pon dah tak nampak ketara sangat. Alhamdulillah.
Review Clinique Take the day off makeup cleansing oil [ Part 1 ]
Sejak teknik bersihkan muka 'double cleansing' menjadi popular di kalangan beauty guru, aku pon mula berjinak-jinak menggunakan teknik ni. Double cleansing ni merupakan teknik mencuci muka dua kali dengan cleansing oil / cleansing milk dan cleanser foam. Selalunya cleansing oil ni sesuai untuk muka oily to combination skin dan cleansing milk pula untuk normal to dry skin. So disebabkan kulit aku ni jenis kombinasi maka aku pon menggunakan cleansing oil.
1. Oily to combination skin - Cleansing oil
2. Normal to dry skin - Cleansing Milk
1. Oily to combination skin - Cleansing oil
2. Normal to dry skin - Cleansing Milk
Sebelum ni tak tahu pon pasal cleansing oil ni bertindak sebagai makeup remover sebabnya bila nampak cleansing oil dekat farmasi terus tak nak pandang sebab nanti muka lagi jadi berminyak. Rupanya-rupanya tanggapan aku selama ni salah. Cleansing oil ni memang bertindak sebagai pencuci dan jugak makeup remover bagi yang selalu suka makeup tu haaa memang sesuai sangat.
Mula-mula aku cari dulu cleansing oil brand apa yang sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit sensitif berjerawat aku ni ? Search punya search terjumpa la satu artikel ni review pakai Clinique cleansing oil ni dan muka dia jadi lebih bersih dari sebelum ni .Aku pon kaji la ingredient Clinique cleansing oil di Website CosDNA ni dan kaji bahan yang tak memudaratkan contoh macam paraben, SLS dan sebagainya dan aku rasa kandungan produk ni tak memudaratkan. Sebab aku cari produk dekat drugstore macam banyak paraben pulak lepastu yang lain macam Clarin or Shu Eemura pon macam tak berapa sesuai kandungan dia dengan kulit sensitif aku ni.
Check Ingredient Product |
Lepas dah tahu semua tu mula excited nak beli and cari punya cari memang tiada jual kat Clinique store ataupon dekat Sephora tak tau la sebab dah sold out ataupun memang kat Malaysia ni tiada produk tu, yang ada hanya Clinique Cleansing Milk sahaja. Aku dah tahu range harga dia RM100++ so aku cuba cari di Carousell mana tahu boleh dapat harga murah kalau ada orang nak letgo. Selama sebulan aku cari produk ni tapi takde orang jual dekat Carousell dan lepas sebulan macam tu aku tiap-tiap hari refresh baru la ada seorang amoi ni jual itupun dah 40% left dalam botol dengan harga RM30.00 sahaja. Ermm not bad la kan harga dia, so aku decide nak beli sebab nak try takot-takot kulit tak sesuai ke kan. Bila barang dah sampai, aku pon cuba dalam seminggu macam tu..Alhamdulillah tiada bad effect ke apa malah jadi lebih bersih dan lembut je muka.
Aku gunakan teknik double cleansing dengan membasuh muka dengan Clinique cleansing oil ketika muka dalam keadaan kering dan sila jangan basuh muka lagi maknanya disini jangan cuci muka dengan air dulu tapi ambil cleansing oil ni letak dekat tapak tangan dan sapu seluruh muka. Hilangkan semua makeup yang ada terutama di bahagian mata dan bibir. Sila berhati-hati kalau nak sapu di bahagian mata sebab nanti kalau dah masuk dalam mata, akan jadi pedih sikit dan mata akan jadi blur sebabnya dia bercampur dengan air mata kita so nanti mata akan rasa blur je. Aku ni jenis malas nak beli makeup remover untuk mata dan bibir tu so aku combine je basuh dengan cleansing oil.
Nasihat aku seeloknya cuci muka sambil tutup mata dan kemudian basuh dengan air. Nanti muka yang berminyak tu automatik akan jadi macam milky sebab oil tadi dah bercampur dengan air. Kemudian basuh sampai bersih dan lap muka dan basuh sekali lagi dengan cleansing foam bagi kulit berminyak atau kombinasi dan cleansing gel untuk kulit kering atau kulit normal. Bagi cleansng foam aku gunakan Nivea White Makeup Clear 2 in 1 Scrub. Actually dia bukan scrub pon sebab biji-biji tu halus je so boleh je nak guna as everyday cleanser. Pencuci muka yang ni jela pon yang bertahan dekat muka aku tanpa tumbuh jerawat. Alhamdulillah ok setakat ni.
Untuk second purchase Clinique cleansing oil di Sephora Website boleh tengok aku review di PART 2
Subscribe to:
Posts (Atom)