Tuesday, 7 April 2020

Cara Permohonan KWSP i-Lestari Melalui i-Akaun





Permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula hari ini, boleh dibuat melalui aplikasi i-Akaun atau emel. Bayaran maksimum RM500 selama 12 bulan akan diberi apabila permohonan telah lulus oleh KWSP.

KWSP dalam kenyataan hari ini, melalui emel, pencarum boleh mendapatkan perkhidmatan pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari di
ilestari@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari di ilestarimohon@epf.gov.my.

Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada
iakaundaftar@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus di ve2020@epf.gov.my.

Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di Emel Bantuan KWSP

Cara Permohonan & Kemaskini Nombor Telefon KWSP i-Akaun Melalui Emel





Kini anda boleh buat PERMOHONAN BARU & KEMASKINI (UPDATE) NO. TELEFON BIMBIT melalui emel sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter atau Kiosk KWSP sewaktu musim PKP/MCO/RMO ini. Bagi permohonan i-Lestari anda perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

1. 4 Apps yang perlu anda install ( Install ini Cara bagi pengguna smartphone sahaja, jika guna PC boleh edit dokumen seperti biasa tanpa install apps) :
- ADOBE ACROBAT
- GOOGLE DRIVE
- COLLAGE MAKER
- GMAIL / EMAIL

2. Download Borang permohonan / kemaskini i-Akaun KWSP
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf

3. Isi borang dengan lengkap secara bertaip dan sediakan 5 dokumen :
Salinan MyKad ( Depan & belakang )
- Save dengan format nama : iakaundaftar_MyKad_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"

Gambar Selfi bersama MyKad yang jelas
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Swafoto_(Nama Anda)
Bukti pemilikan nombor telefon
- Contoh : Bil telefon / Kontrak pendaftaran telefon / Resit bayaran deposit
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Telefon_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
Salinan Buku Bank / Penyata Bank Akaun yang masih aktif
- Save dengan format nama : iakaundaftar_Bank_(Nama Anda)
- Digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"

4. Save semua dokumen dalam GOOGLE DRIVE.
5. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my
Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di
Emel Bantuan KWSP