Monday, 10 August 2015

Pembedahan lasik murah di Advance Vision Damansara Utama






Bagi yang mempunyai masalah mata, mesti korag rasa tak selesa kan bertahun-tahun kena pakai spek mata dan penglihatan tak jelas langsung bila bukak mata dan memang ada yang rabun habis sampai tak kenal muka orang dah. Alhamdulillah setakat ni aku masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melihat dengan jelas. sekarang aku nak bantu kawan-kawan yang lain yang mempunyai masalah mata rabun yang nak buat pembedahan lasik. Kalau diikutkan kita memang familiar dengan Prof. Dr. Muhaya iaitu seorang Pakar mata dan pakar dalam pembedahan lasik. Tapi mungkin ada yang masih tak mampu nak bayar kos operation yang mencecah sampai RM6000 ke RM7000, bukan tak nak support buat lasik dekat Prof Dr Muhaya cuma bukan semua orang yang rabun tu orang kaya so kita boleh usaha dan iktiar cari tempat lain yang lebih murah. 






Baru-baru ada terbaca di Facebook Maria Elena Zarul, the famous peliks blogger in her facebook Maria the greek helen ada memberitahu yang dia baru sahaja selesai melakukan pembedahan lasik dengan kos yang agak murah di Advance Vision Damansara Utama berdekatan dengan Uptown Damansara dengan kos hanya RM2888 untuk kedua-dua belah mata. 

Address:  ADVANCE VISION EYE SPECIALIST CENTRE ( 730426-M )
54 & 54A, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel:+ 603 - 7724 1392
Fax:+ 603 - 7724 1458
Email:info@advancevision.net.my
Web:www.advancevision.net.my
Operation : Mon-Fri ( 9am - 6pm ) 
                             Sat - Sun( 9am - 5pm )
                             Close on selected public holiday


Pesan Maria Elena, bagi sesiapa yang datang ke sini terutamanya perempuan bertudung dinasihatkan memakai tudung berserta innerneck didalam tudung kerana ketika pembedahan dilakukan cecair akan dituang kedalam mata sebagai ubat bius. So bila nak buat pembedahan tu, tudung kena bukak dan biarkan innerneck korang stay. 

Katanya hari pertama selepas pembedahan akan terasa agak pedih tapi hari-hari seterusnya dah tak sakit. Mungkin sikit sangat dia share pengalaman dia buat lasik, tadi aku jumpa experience sorang hamba Allah ni dia cerita macam mana dia buat lasik tu dan apa yang korang pelu tahu tentang lasik. Aku cuma share dekat sini supaya korang takdelah rasa takut sangat nak buat kan ? Jom baca


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pengalaman daripada Arialun di carigold.com


Saya dah 1 tahun lebih tak guna cermin mata dah.
Sebab apa? Sebab dah buat lasik surgery.

saya buat kat Advance vision, kat Uptown Damansara, PJ.

Kos bersih: RM 2888 untuk dua2 mata. (boleh buat credit card instalment - zero interest).
Life time warranty. Ertinya, kalaulah terjadi balik rabun tu(mengikut history pakar klinik ni, belum pernah terjadi).. Klinik akan buat balik FOC.

Saya syorkan sesiapa nak buat lasik, buat di sini, sbb dia antara termurah di Malaysia.
Tak perlu risau, anda boleh datang dulu( tak perlu temujanji) untuk buat pre- check mata anda.. Tiada bayaran akan dikenakan... Sungguh, sebab ini pengalaman saya.. Ni bukan MLM ke apa ke..

Ok nak cerita sikit pengalaman/info saya:

1. Saya pergi dengan isteri saya ke klinik pakar Advance Vision ini untuk buat pre-check mata. Beberapa ujian mata dilakukan. Keputusannya, Saya layak untuk buat lasik, tetapi isteri saya tak layak. Sebab apa? Sebab kornea dia nipis, jadi doktor cakap amat bahaya / berisiko untuk melakukan lasik. So sesiapa yang mata sepet or nipis tu, memang tipislah harapan nak buat lasik.

2. Lasik ni ertinya, pembedahan secara laser. Keliling Kornea mata akan ditoreh dengan laser, kemudian kornea mata dikopakkan(di buka), dan laser akan membedah/adjust retina mata.

3. Pengalaman masa saya 'dilasik';
Bila saya layak, maka doktor tu beritahu kita, procedur pembedahan. Maka terpulang kepada kita, nak buat lasik atau tidak, tiada paksaan di klinik ni. Sebab ini adalah mata anda. Saya memilih untuk melakukan lasik, dan buat appointment minggu hadapannya.

Ok, minggu hadapannya, saya pergilah buat lasik. Oh yea, sugery hanya akan dilakukan pada hari Jumaat sahaja. Ini memang procedur klinik pakar mata ni. Sebab apa? sebab, Jumaat surgery mata, Sabtu/Ahad cuti, so, anda boleh berehat, Isnin dah boleh pi kerja. Maka tak perlulah nak ambil MC.

a. Mula-mula kedua-mata saya dibius dulu dengan titisan cecair di mata.
b. 15 minit kemudian, saya dibawa masuk ke dalam operation theatre. Bilik operation memang sejuk giler, hingga kena pakai baju sejuklah.

c. Saya dibaringkan di atas kerusi (macam kerusi kat klinik gigi tu..

Oh yea, untuk pengetahuan tuan2, lasik mata ni cuma ambil masa 5 minit untuk mata kiri, 5 minit mata kanan je.. So total cuma 10 minit je operation nie.. hehee.

d. Doktor/nurse akan letakkan alat 'tuil' apatah kat kelopak mata saya, supaya mata saya tak boleh ditutup. Ertinya sepanjang pembedahan laser tu, saya akan sedar, dan lihat apa yang doktor/laser tu lakukan!!!

e. saya nampak dengan mata saya sendiri (of course le kan, dah mata terjegil buka), laser tu (seperti cahaya merah/kuning, sedang membedah kornea mata saya. Tapi tak rasa sakit. cuma geli2 atau ngilu2 sikit-sikit je. Tapi memang ada bau hangit sikit lah.. sebab bau laser membakar tu kan.

f. bunyi laser masa operate tu, macam bunyi lalat kena perangkap kat perangkap serangga eletrik tu.. bunyi macam tik-tik-tik tu.

g. Selesai lasik surgery, vison mata saya cuma 3-5% sahaja. Saya 'disunatkan' memakai sunglasses waktu siang sbb maklumlah lepas surgery, mata tak tahan dengan cahaya. Selepas surgery, memang akan terasa macam ada sebutir pasir lekat kat mata tu. (Tapi rasa kesakitan memang tiada). Ini normal, sebab, itu 'parut' dari surgery tu. Akan ambil masa lebih kurang 1 bulan untuk kornea mata bercantum/lekat semula seperti biasa. Lepas tu, dah tak ada rasa mcm pasir lekat kat mata ke apa ke.

Oh ya, Saya kena bawa isteri saya, untuk memandu saya pulang.

h. Pulang kerumah, apa lagi tidur je lah. Untuk 5 malam pertama, setiap kali tidur, saya diwajibkan memakai alat 'pelindung mata' tu (eye patch ke apatah tu).. Ini untuk mengelak dari tangan yang terasa 'gatal' untuk mengaru mata.

i. Saya terus tidur dari petang hinggalah terjaga dalam waktu pukul 10mlm gitu. Hah! disinilah 'cabaran saya' bermula. Sebab saya terjaga kerana mata saya mula rasa pedih dan mula berair. Sebab apa? Sebab ubat bius dah habis... uwaaaaa. So nak buat camna? nak garu tak boleh. Nak basuh mata tak boleh. Memang time ni macam cerita 'Tom Cruise dalam citer Miniority Report, waktu dia tukar biji mata dia tuh!.

j. Tapi tahan je lah.. pujuk diri sendiri untuk tidur semula. Saya terjaga dalam kul 2pagi gitu, rasa pedih dah tak ada. Syukur, Allhamdulillah.

k. Esok pagi(hari ke-2), vision saya dalam 30% gitu. Masa mandi, memang mata tak boleh kena air lah.

l. Hari ke-3, vision saya semakin baik.. dalam 50-60% gitu.

m. Hari ke-4, Isnin, visoon dalam 70%-80% gitu. Pergi kerja, bawa kereta sendiri lagi.

n. Seminggu selepas itu, vison dah recover 100%. Sekarang saya bebas dari benda yang bernama cermin mata. Dah boleh pakai sun glases. Boleh bermain volleyball, badminton tanpa susah payah nak pakai cermin mata lagi.. syukur allhamdulillah.

Pergi tengok wayang, dah tak perlu nak gilap cermin mata dulu untuk kasi clear cermin. tapi memang dalam sebulan tu, memang kadang2 ternyayuk nak pakai cermin mata, atau terasa mcm tertinggal cermin mata, dan mula tercari2.. Padahal, memang tak perlu cdrmin mata lagi.. Kekeke..mmg lawak. :D

nota tambahan:

selepas pembedahan, 2 minggu sekali (untuk 2 kali) kena pergi check-up mata. Doktor cuma nak pastikan mata, sihat, pulih, tanpa ada apa2 side effect lain. Dan check-up mata ini adalah percuma. Sudah termasuk dalam package Rm2888 itu..


Apa itu drone dan 5 tips sebelum membeli drone yang patut anda tahu





Kalau korang ada follow instagram selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pasti korang perasan yang Hairul memiliki drone yang sangat cantik berwarna gold. Dia juga ada merakamkan moment indah ketika honeymoon di Kepulauan Bora-bora baru-baru ini. Tak pasti jenis drone apa yang hairul pakai, nampak macam DJI Phantom 2 Vision+ ataupun DJI Phantom 3 Standard yang dilengkapi dengan kamera GoPro. Dengar cerita sekarang drone akan digunakan untuk menghantar sampel darah ke kawasan pedalaman. Drones bukan setakat dianggap paparazzi atau krew filem semata-mata, kini model drone untuk beginner boleh didapati dalam harga lebih kurang RM300++ dan drone yang dilengkapi dengan kamera pula boleh mencecah ribuan ringgit. Bagi drones yang lebih complex, boleh mencecah ribuan ringgit yang dilengkapi dengan ciri yang disesuaikan dan diprogramkan bagi memudahkan pengguna. 
Apa itu drone ?
Di dalam konteks teknologi drone merupakan pesawat tanpa pemandu. Drone adalah lebih secara rasmi dikenali sebagai unmanned aerial vehicles (UAV) ataupun kenderaan udara tanpa pemandu. Pada asasnya, drone adalah robot terbang. Pesawat itu dikawal dari jarak jauh atau boleh terbang secara autonomi melalui software-controlled flight plans didalam embedded sistem yang bekerja bersama-sama dengan GPS. UAV sering dikaitkan dengan tentera, tetapi mereka juga menggunakan drone untuk mencari dan menyelamat, pengawasan, pemantauan trafik, pemantauan cuaca dan memadam kebakaran.
Apa yang anda perlu tahu sebelum membeli drone ?
Drones adalah sesuatu yang tidak rumit jika kita mahir menggunakannya tetapi beberapa perkara anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum membelinya. Ada juga beberapa rules yang perlu anda ikut apabila menerbangkan drone ini. Antaranya ialah :-
Legal requirement : Anda tidak perlu lesen untuk menggunakan drone tetapi untuk FAA ia ada rules yang patut anda patuh.  Dua perkara yang paling penting ialah jangan sesekali menerbangkan drone di kawasan umum dan sentiasa memerhati drone anda dari jauh. FAA ada senarai penuh panduan keselamatan untuk aircraft model yang anda patut semak terlebih dahulu. Antara larangan semasa penerbangan ialah sebagai contoh, drone tersebut tidak boleh terbang sekitar lima batu dari kawasan lapangan terbang.
Drone control : Kebanyakan drone mengunakan remote control dengan dua joystick yang seakan akan alat kawalan Xbox dan Playstation. Stick pertama untuk mengawal attitude quadcopter termasuk mengawal pergerakan kiri dan kanan dan mengawal ketinggian atas dan bawah. Stick yang kedua pula ialah untuk mengawal throttle dan rotation quadcopter itu. Remote control yang baik ialah yang boleh mengawal dengan baik ketika berada dalam tangan kita dan stick yang dapat memberi rasa selesa pada jari penggunanya dengan memberi rasa smooth dan responsive yang membolehkan anda mengawal drone dengan baik. Beberapa model tidak datang sekali dengan remote control atau anda akan dicas extra kos untuk remote control instead guna smartphone dengan sambungan wifi atau daripada flying app. App ini selalunya menyediakan video live drone anda daripada quadcopter kamera. Walaubagaimanapun, apps itu tidak membenarkan anda untuk mengawal drone.
Construction and repair. Drone selalunya memang akan sentiasa crash apabila tidak dikawal dengan baik. Tetapi jika menggunakan drone yang berkualiti tinggi , drone tersebut melakukan pendaratan yang tidak dirancang dan mencari kawasan tanah tanpa merosakkan frame. Ia juga termasuk pengawalan yang tinggi kepada rotors dan elektronik daripada rosak. Ia juga menawarkan alat gantian yang murah seperti rotors dan struts untuk menggantikan bahagian yang rosak.
Bateri : sangat jarang drone mempunyai jangka hayat bateri yang bertahan selama lebih daripada 10 ke 20 minit, jadi dengan menukar bateri lain akan memudahkan anda untuk menambah jangka masa penerbangan tanpa sebarang masalah. Kalau nak beli bateri spare selalunya menelan belanja beratus ringgit. Drone yang murah selalunya didatangkan dengan built-in bateri yang tidak boleh ditukar dengan bateri lain.
Kamera : Selalunya kamera digunakan untuk meninjau keadaan di udara dan ada sesetengah menggunakan kamera pada drone untuk mengambil gambar dari bahagian udara. Kamera sama ada kamera built-in mahupun kamera yang diletakkan pada drone, boleh mengambil moment dramatic anda. Kebanyakan model drone yang dalam lingkungan bajet menggunakan kamera yang sama seperti kamera webcam murah dengan low-resolution video ( 640 x 480 pixel ) yang disimpan dalam internal memori. Bagi model drone yang canggih, ianya menawarkan high-definition video capture dan kebolehan untuk connect dengan HD action kamera seperti GoPro. Sesetengah drone juga menawarkan first-person view ( FPV ), menghantar pilot's-eye view daripada drone itu sendiri kepada smartphone ataupun tablet.

Sedikit review daripada tomsguide.com
Best drone for beginner - UDI U818A

Learning how to fly a drone begins with learning how not to crash. That process will involve a lot of mishaps, so a beginner needs a drone that is tough, but also cheap enough that losing it in a tree or river won't bankrupt them. The UDI U818A has a great range of features for the price. The four-loop style frame protects the large rotors in crashes, and the rotors are cheap and easy to replace if they don't survive. The UDI U818A includes a video camera that captures 640 x 480-pixel video, but it can be shaky as the drone vibrates. But for a beginner, this is a hard package to beat.

Best drone for money - Blade Nano QX RTF
The Blade Nano QX RTF is a simple, easy-to-fly quadcopter that is a lot of fun. Designed to be flown indoors, this $90 drone is stable enough for beginners but nimble enough for stunt flying. Thanks to its tough construction and neat design, the Nano QX isn't likely to break things or itself when it crashes. The Nano QX is a great pick for the first-time drone flier who wants to get a feel for the complex process of flying a quadcopter.

Best camera drone - DJI Phantom 2 Vision+



If you want to take pictures while aloft or get the first-person pilot experience, get the DJI Phantom 2. You get a ready-to-fly quadcopter drone, complete with 14-megapixel camera with 1080p 30 fps or 720p 60 fps HD video capture. The camera is held under the quadcopter body and can tilt independently, allowing you to track an object while flying over it. A remote control is included, and the Phantom 2 Vision+ can send video back to a smartphone or tablet over a separate Wi-Fi connection, so you can see what is being recorded. If you loose the control connection, the Vision 2+ will automatically try to return to where it took off. Plus, the large and easily swappable 5200 mAh battery offers a company-claimed 25 minutes of flight time: significantly longer than most. 



Best miniture drone - Air Hogs RC Helix X4
Good things do come in small packages. A miniature drone can fly indoors or in a small yard, allowing you to practice in bad weather. The Air Hogs RC Helix X4 Stunt is cheap and simple to fly, with ducted fans and a foam-rubber coating to prevent it from damaging things if you fly into them. (You should still use caution, however: It can fly fast enough that it can knock objects over.) That design makes it a great pick for the novice or for a practiced flier who doesn't have easy access to the space that full-size drones require.


Best drone for pros - 3D Robotic Iris+

If you are constantly trying to shave a couple of ounces off your drone to fly for longer, or to reprogram it to automatically track your dog on a walk, the Iris+ from 3D Robotics is for you. It's easy to assemble and fly, but you can reconfigure it to do anything you want. The Iris+ includes a USB computer interface and open-source software for creating GPS-guided flight plans and controlling every aspect of the drone, such as keeping the optional GoPro camera pointed at a specific object, automatically compensating for wind, or even controlling external lights and other devices. It isn't cheap, but the Iris+ offers the best features and flexibility for the serious do-it-yourself flier.

New dan notable
  • Parrot Minidrone Airbone Night 
  • Coming this fall for $129, the Parrot MiniDrone Airborne Night quadcopter will be your light in the darkness, literally. This 1.2-pound craft can reach 11 mph for about 9 minutes. It features two LED lights that can be adjusted to various levels of intensity, or set to flashing patterns. The police-themed version, named Mac Lane, could be particularly fun in freaking out your neighbors at night. A three-axis accelerometer, three-axis gyroscope and ultrasound senor all help keep the drone stable in the air. Plus, a miniature camera on the underbelly makes aerial selfies a reality.

  • Parrot Minidrone Hydrofoil 


Designed for freshwater or fresh air, the Parrot MiniDrone Hydrofoil features a detachable miniature quadcopter. When the drone's four propeller blades are on, a plastic flap flips up to send the HydroFoil hovering across the water at up to 6 mph for about 7 minutes. Detach the mini copter, and the 1.2-pound drone can fly at up to 11 mph for about 20 minutes, using the companion Parrot app. Just don't dunk it, as the copter is water resistant but not waterproof. It will be available this fall for $179.
  • DJI Phantom 3 standard

The newly released DJI Phantom 3 Standard improves on the video capabilities of the Phantom 2 Vision+ while also knocking a little bit off the price tag. Like the Vision 2+, Phantom 3 Standard shoots 1080p video at 30 fps and 720p at 60 fps, but it can also capture 2.7K HD video at 30 fps. (Still images are captured with a 12-megapixel camera, compared to the Vision+’s 14-MP camera.) DJI updated the Vision+ controller for the Phantom 3 Standard, adding an integrated Wi-Fi range extender and wheel for angling the camera. Although DJI is targeting beginners with this latest drone, the Standard will be compatible with features found in other Phantom 3 drones. These include the Follow Me feature, where the drone will trail after the user, and waypoint navigation for setting multipoint routes.



Sunday, 9 August 2015

Fake braces atau real braces ?


setiap tahun kita akan lihat pelbagai jenis fesyen digayakan oleh budak-budak remaja sampaikan aku pon turut terikut ikut jugak dulu sebab tak berapa nak matang. datang dengan fesyen gaya paling pelik yang dorang ni anggap memang dah style habis la. tetapi yang paling pelik adalah memakai fake braces ? ye pendakap gigi yang palsu atau bukan original yang tidak diiktiraf oleh pakar orthodontic mahupun kementerian kesihatan Malaysia.

takutnya nak pakai benda fake macam ni yang melibatkan kesihatan diri kita, kalau pakai handbag or kasut tak ori ke boleh terima lagi. bagi sesetengah negara di barat pemakaian braces ni dorang di anggap tak cool langsung dan akan digelar budak-budak nerd, tak percaya ? tengok jela cerita-cerita omputeh dekat tv tu..orang yang pakai braces la paling banyak kena buli. tapi bagi negara Asia macam Thailand, Malaysia, Indonesia dan China pemakaian braces tu macam melambangkan kekayaan dan style. 

kenapa ramai remaja sekarang yang nak pakai fake braces ? sebab-sebab utamanya adalah disebabkan kos pemasangan braces yang agak mahal dan mencecah ribuan ringgit mengikut keadaan gigi masing-masing. jika gigi kita dianggap kes kritikal maka lagi banyak la duit yang kita kena keluarkan. antara sebab lain pulak remaja sekarang pakai sebab nak nampak style and nampak gigi mereka lebih menarik dengan warna-warna getah yang bermacam jenis color tu buat diri mereka lebih nampak tertarik padahal gigi dorang elok tersusun je.




fake braces memang senang nak dapat sebab banyak peniaga dan penjual online menjual fake braces mereka di media sosial seperti facebook dan instagram. jika kita lihat memang instashop mereka akan ada banyak sangat follower dari kalangan remaja. terdapat banyak corak getah bulat yang biasa tu sehinggalah corak kartun mickey dan hello kitty dalam pelbagai warna. tak kurang jugak dekat youtube belambak video tutorial on how to wear fake braces.

tapi korang tau tak akibat dan kesannya bila pakai fake braces ni ? haa jangan nak ikut sangat style, apa orang pakai ko pon nak pakai sama, ntah-ntah yang ko nampak orang pakai tu real braces bukan fake braces tak pasal pasal ko yang dapat penyakit. ingat !!! selalunya muka dan gigi akan jadi benda yang pertama kita akan tengok bila nak bercakap dengan orang, kalau ko tak jaga mereka mereka dengan elok mana ko nak cari yang lain ? nak pergi buat pembedahan plastik ? hadap sangat la semua muka fake orang korea yang korang puja puja sangat tu. 

  1. Kudis di mulut
  2. Luka pada gusi
  3. kerosakan pada gigi

dua kesan di atas tu akan terjadi jika kita sebok nak bergaya dengan fake braces sampai lupa yang benda tu adalah benda yang tidak diiktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia disebabkan terdapatnya plumbum pada wayar braces tu. fake braces akan dipasang oleh pemakainya sendiri dan mungkin akan menyebabkan besi tergelincir ke dalam tekak dan tertelan besi tersebut. erkkk...masih ada rasa nak pakai lagi tak ? Hentikanlah sebelum terlambat. kalau nak pakai jugak sila consider untuk pakai braces yang original daripada klinik atau hospital pakar orthodontic.kumpul duit dari sekarang guys,


menabung la seperti rosmah, 
berhati mulialah seperti najib,
nescaya jumlah duit dalam akaun akan bertambah.


sekian laporan daripada pemakai braces :)





Semakan Keputusan (Result) UPU 2015/2016 calon STPM/Setaraf



Bagi adik-adik yang tertanya bila result untuk kemasukan calon STPM boleh disemak ? Ini la nak bagitau ni. Semakan Keputusan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik untuk calon STPM/Setaraf boleh dicapai mulai tarikh dan masa iaitu 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4.00 petang di laman web http://www.mohe.gov.my/



Saturday, 8 August 2015

Betulkah DNA lembu masuk ke dalam badan bayi jika diberi susu lembu ?


Pada hari jumaat yang lepas, TV3 telah menayangkan rancangan Fiqh Wanita yang membincangkan tentang penyusuan ibu daripada sudut agama. Namun seperti yang kita sedia maklum Ustazah Fatimah Syarha telah yang menyinggung ramai ibu ibu di luar sana dengan kenyataan beliau. Manusia sering melakukan kesilapan ketika berkata-kata dan tak semua manusia sempurna. Diharapkan Ustazah Fatimah Syarha dapat mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini bagi memperbetulkan pandangan orang ramai mengenai beliau kerana beliau ada banyak sumbangan yang sangat berharga, terutama bagi kaum wanita.
Ini adalah sedikit luahan di Facebook daripada seorang pelajar Universiti Malaya, Pengajian Islam Dan Sains ( Genetik & Biologi Molekul ) yang bernama Syahira Hozami mengenai kenyataan Ustazah Fatimah Syarha dalam rancangan Fiqh Wanita. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi, assalamualaikum dan salam sejahtera mudah-
mudahan rahmat dan kasihNya melimpahi kehidupan kita, dan mudah-mudahan redha Allah jua mengiringi setiap perbuatan kita dan mudah-mudahan, salah dan khilaf kita diberi keampunan oleh Tuhan

Baru ini saya melihat tersebarnya kenyataan ustazah dalam Fiqh Wanita TV3, mengenai isu DNA lembu yang masuk ke dalam badan kalau minum susu lembu.
Saya menghormati ustazah sebagai seorang yang proaktif dalam memberi pandangan, berhati-hati dalam memberi pendapat, dan tersusun bahasa apabila menyampaikan. Kupasan ustazah dalam bidang fiqh wanita banyak membuka minda wanita yang mengikuti kupasan ustazah baik dalam ceramah, di youtube, dalam buku atau novel dan sebagainya. Ustazah ke hadapan membawa idea yang baik untuk diketengahkan. Saya juga pernah menghadiri mukhayyam yang mana ustazah merupakan penceramahnya, di hadapan pada satu subuh yang hening, berkisah mengenai wanita dan perjuangan dalam Islam.
Atas dasar hormat itu saya ingin mengetengahkan seperkara yang saya lihat ustazah sampaikan telah tersasar dari fakta, meskipun niat ustazah baik dan mahukan yang terbaik bagi orang lain.
Iaitu, ustazah memberitahu mengenai DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi. Bagi saya, kenyataan ustazah ini mendatangkan sedikit kekeliruan, dengan ustazah meletakkan kenyataan ini dalam kondisi negatif kepada semua pihak.
Saya ingin memberitahu ustazah, DNA yang masuk ke dalam tubuh bayi (dalam hal ini saya merujuk susu lembu itu masuk melalu mulut dan oesophagus, kemudian masuk dalam perut ia dicerna, kemudian ke bahagian usus untuk diserap), ia diserap sebagai nutrient, dan tidak memberikan tindak balas kepada DNA manusia kecuali, susu itu mengandungi bahan radioaktif atau bahan-bahan yang merangsang mutasi kepada DNA seperti bahan yang mengandungi proflavin ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Proflavine ), bahan yang mengandungi 5-bromouracil ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/5-Bromouracil ), mustard gas ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Mustard_gas ), hydroxylamine ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/hydroxylamine ) dan lain-lain yang mana ia tidak dicampurkan dalam mana-mana susu yang diproses.
Bahan-bahan yang diproses meskipun kebiasaannya dilalukan dengan ionizing radiation, tetapi ia tidak mendatangkan kesan kepada manusia dan hanya cukup untuk bunuh bakteria sahaja - ia dipanggil food irradiation. Namun, proses bunuh bakteriapada bahan tenusu kebiasaannya menggunakan proses pasteurization (rujuk : http://www.milkfacts.info/…/Heat%20Treatments%20and%20Paste… )
Dengan fakta yang saya sebutkan di atas, mengatakan DNA manusia berubah atau terkesan dengan meminum susu lembu adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan kepada rujukan yang berautoriti dalam bidang sains. Perbicaraan mengenai mutasi dalam tubuh badan manusia merangkumi tulisan yang lebih panjang, cukuplah saya menyatakan bahawa kenyataan ustazah sebelum ini tidak tepat dan perlu kepada rujukan semula.
Saya memahami tujuan ustazah mahu menonjolkan sisi baik mengenai susu ibu dan bagaimana, susu ibu itu lebih baik daripada susu yang lain. Tetapi saya juga berharap agar ustazah juga tahu dan mengambil kira, ada ibu-ibu di luar sana yang tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor biologi, mengambil supplement atau ubat perangsang pengeluaran susu ada pro dan cons -nya yang tersendiri, dan selain itu ubat tersebut mahal bagi ibu-ibu yang tidak mampu untuk membelinya.
Saya berharap ustazah dalam mengetengahkan kelebihan susu ibu, supaya lebih berhati-hati dalam membawakan fakta. Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali.
Saya ingin membawakan rujukan yang saya kira mempunyai autoriti mengenai hal 'breast feeding' dalam laman :-
How Breast Milk Protects Newborns :

Immune factors in human milk :

Breast feeding: overview and breast milk immunology (abstract, article journal)

Transfer of antibody via mother's milk (abstract, article journal)

Saya berharap orang lain yang membaca post ini membuka link-link yang saya sertakan, atau setidak-tidaknya 'bookmark' page tersebut untuk rujukan mendatang.
Saya tidak mengatakan, bahawa pendapat saya lebih betul dari sesiapa, baik kepada ustazah sendiri. Saya cuma sampaikan apa yang saya tahu, dan semoga kita sama-sama dapat membaiki silap kita dan saling menegur dengan baik, dan semoga kita dijauhkan dari menjadi keyboard warrior.
Dari saya, yang banyak kelemahan,
Syahira Hozami 
Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul)
UM

Friday, 7 August 2015

Sekeping Kok Heng Ipoh destinasi percutian bagi penggemar suasana vintage






like seriously kau duduk ipoh tapi tak sedar akan kehadiran Sekeping Kok Heng ?

"sila pindah dari ipoh sekarang jugak"

kata seorang warga ipoh cgpa 3.85 hahaha. jangan kata korang, aku pon tak tahu sebenarnya hotel vintage ni wujud dekat ipoh dan bagi penggemar hipster ni memang kau boleh datang sini, tidur sini, ambil gambar , upload instagram dan share ke seluruh dunia ye tentang hotel ni sebab tempat ni memang sesuai dengan jiwa hipster dan vintage budak budak sekarang. First sekali tengok bilik dalam hotel Sekeping Kok Heng ni aku macam ...

" Wowww...dasyat gila bilik dia, seram pon ada. Ada ke orang nak tidur tempat seram macam ni ? "
tapi korang belum tengok lagi semua jenis bilik yang hotel ni sediakan. seram memang seram dan tempat ni bukanlah pengambaran cerita misteri blok 404 mahupun cerita seram sejuk david teo. hotel ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Sekeping Kok Heng terletak di neo-klasik bangunan 3 tingkat yang telah digunakan sebagai asrama untuk menempatkan persembahan teater yang dilakukan di dalam bangunan teater yang bersebelahan yang terbakar dalam semasa era 50-an . Kiranya bangunan ni dah 90 tahun ada dekat ipoh. Sekeping family ni ada jugak dekat tempat lain so dorang buka cawangan di Ipoh pulak.



lokasi Hotel Sekeping Kok Heng Ipoh ni berdekatan dengan Plan B yang famous dengan ais kepal tu di Pekan Ipoh. Masa hari tu ada la singgah Plan B kejap sebab nak ambil gambar, tapi tak tahu pulak dekat atas Plan B tu ada hotel ni.

Sekeping Kong Heng75 Jalan Panglima30000 Ipoh, PerakTel : +6012-2272745 / +605-2418977 (Ms Lau)

Kalau bagi sesiapa yang berminat nak tidur dekat sini dan tak tahu berapa harga untuk semalam boleh tengok list dekat bawah. Jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan tetapi jika korang seorang yang menggemari dan mencintai suasana alam yang indah, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan senibina bangunan lama maka tak rugi bermalam dekat sini. 

Jenis bilik yang ditawarkan dan harga bilik 
di Sekeping Kok Heng :



a) standard room with double/single beds
     Harga : RM220 per night (2 pax per room)







b) family room 

     Harga : RM800 per night (6 pax) - 1 Double bed, 4 Single Beds
photo : perak.travellin360







C) 2 SUSPENDED GLASS BOXES
     Harga : RM800 per night ( 2 Double bed , 2 Single Beds )




D)  ROOM 1 O'CLOCK
     Harga : RM350 per night


E)  ROOM 2 O'CLOCK
      Harga : RM400 per night



F)  ROOM 3 O'CLOCK
     Harga : RM300 per night


G)  ROOM 4 O'CLOCK
     Harga : RM400 per night







Nak buat event pon boleh di Sekeping Kok Heng, boleh guna semua jenis bilik,8 standard rooms + 1 family room (Annexe 1st floor) + 1 retreat space with 2 suspended glass houses (2nd floor) + communal space (Annexe 2nd floor)Harga : RM3900 / max 50 per event / sleeps max 28pax


Hotel di Sekeping Kok Heng juga turut menyediakan swimming pool yang cukup awesome di rooftop



kalau rasa macam nak pergi sangat datang sini tapi lokasinya jauh dari tempat tinggal korang, jangan risau sebab Family Sekeping ada banyak lagi dekat cawangan lain seperti :

  • Sekeping Serendah, Selangor
  • Sekeping Tenggiri , Bangsar Kuala Lumpur
  • Sekeping Backlane , Bangsar Kuala Lumpur
  • Sekeping Terasek , Bangsar Kuala Lumpur
  • Sekeping Victoria, Penang
  • Sekeping Pinang, Penang
  • Sekeping Sin Chew Kee, Pudu Kuala Lumpur