Wednesday, 18 December 2019

Doktor Malaysia Perkenal Tudung Pakai Buang Pertama Bagi Mengelak Jangkitan Kuman

Royal Derby Hospital percaya bahawa ini adalah merupakan yang pertama di UK yang memperkenalkan dan menghasilkan tudung sterile pakai buang yang boleh digunakan oleh staf mereka ketika berada di bilik operasi ( operating theatres - OT).



Menurut Dr Farah Roslan, yang bekerja di Linconshire UK, menyatakan bahawa idea ini datang apabila dia menjalankan latihan di sebagai medical student di University Hospital Derby and Burton NHS Trust.

" Saya telah menggunakan tudung yang sama sepanjang hari yang jelas tidak bersih dan ideal "

" Saya tidak berasa selesa menanggalkannya dan saya juga telah dikeluarkan daripada bilik operasi oleh kerana kawalan jangkitan  " katanya lagi.





Katanya, ini adalah jalan penyelesaian bagi seorang muslim untuk memakai pakaian yang sesuai dengan pegangan agama dan disamping dapat mengimbangi kerjaya di tempat kerja.

Sebelum membuat kain reka bentuk dan ujian, Dr Farah Roslan telah memilih negara kelahirannya, Malaysia sebagai rujukan dan sumber inspirasi. Beliau berharap rekaan ini dapat digunakan lebih meluas lagi ke seluruh dunia. Tudung rekaan ini sudah mula digunakan ketika awal Disember yang lepas.