salam semua pembaca blog, sekian lama aku tak menulis rasa kaku pulak tiba-tiba hahaha. tapi takpela tujuan saya menulis blog balik saya just nak kongsikan cerita dan pengalaman aku sendiri dalam kehidupan seharian mahupun apa-apa yang terjadi di sekeliling aku.
semua orang nak cantik kan ? kalau tengok muka artis tanpa makeup atau muka kawan-kawan kita yang flawless yang amat tu mesti ada timbul sikit rasa cemburu kan ? biasalaa perempuan...aku seorang yang mempunyai jenis kulit combination dimana kulit aku akan lebih berminyak di T-zone dan kering di bahagian bawah and itu jugak merupakan faktor yang aku ni selalu mengalami jerawat yang banyak di bahagian dahi. kadang-kadang ok kadang-kadang tidak sampai terok bernanah dia keluar sebab gatal nak cuba skincare baru.
kalau ada jerawat satu dua yang timbul tu aku letak je krim ajaib nixoderm yang memang ajaib and berkesan tu untuk kecutkan jerawat bernanah aku ni. tapi tula kadang letih nak tempek ubat selalu sebab jerawat ni macam non-stop pulak dia keluar.
ada satu hari ni aku sembang dengan kawan-kawan pasal skincare and yang bestnya kulit dorang semua bebaas jerawat and aku pon macam segan-segan la bila dia suruh pakai produk tu la ni la lepastu ada sorang ni cakap kawan dia minum innershine muka dia nampak dah perubahan and nampak flawless je..yang aku dengar pon terus macam teruja la kan lepastu aku kumpul duit sikit then pergi beli dekat watson. elok pulak time aku ade promosi so dapat la pek 24 botol dengan harga hanya RM80++ sahaja, kalau ikut harga asal mahula jugak dalam RM100++ or RM90++ haa kau nak cantik punya pasal kena la melabur dah sama macam tagline innershine lak #nakcantikkenalamelabur
mula-mula beli tu memang konsisten minum tiap-tiap pagi then memang nampak perubahan dekat muka aku sebab sebelum makan tu ade jerawat kat dahi and dekat pipi ada sikit so lepas sebulan minum jerawat tu pon dah beransur pergi seperti mana perginya hati ini . ehh ??
lepastu aku pon dah jadi peminat setia innershine ni sampai sanggup berhabis duit untuk beli innershine sahaja setiap bulan, dan baru-baru baru beli sekotak besar innershine yang mengandungi 48 botol semuanya. gila tak ? hehe ini semua sebab nak muka cantik punya pasal la yela sebab aku ni muka cantik semulajadi so kena la melabur sikit lepastu hati pon ada happy sikit sebab nak pakai makeup tak payah tempek banyak sangat concealer untuk tutup jerawat dan parut dekat muka. jerawat still ada jugak sikit tapi tak banyak macam dulu dan parut kat pipi pon dah makin pudar.
aku ni juga ialah sejenis manusia yang suka nak share masalah atau tips dekat facebook dekat bahagian-bahagian komen dengan post yang berkaitan jerawat and korang tahu tak aku pon ada dapat testimoni dari seorang gadis ni dia mengalami chicken pox teruk yang buat kulit kepala, dalam mulut, badan dan tapak kaki dia jadi macam katak puru dah dengan parut dan gelembung-gelembung lagi tapi lepas dia amalkan innershine parut chicken pox dia berkurangan sikit dari hari ke hari. korang boleh bayangkan tak betapa innershine mujarab betul untuk baiki kulit kita ?
innershine ni mujarab pon sebab dengan adanya kandungan vitamin c yang tinggi dan rasanya dulu hanya ada pati prune sahaja dalam tu dan sekarang ada tambahan pati camu-camu sekali dalam kotak purple tu. untuk korang yang tak tahu, camu-camu ni memang kandungan vitamin c dia sangat tinggi dan buah camu-camu ni merupakan buah dari hutan amazon seperti di Peru, Brazil, Colombia dan Venezuela dimana buah dan daun dia digunakan untuk tujuan perubatan dan buahnya tinggi dengan kandungan vitamin c.
haaa kalau nak cerita khasiat dia memang tak habis la kan sampai boleh buat novel pulak untuk kebaikan camu-camu ni. sedap ke innershine ni ? bagi aku sedap sebab rasa macam minum air anggur pekat dan masam. cakap banyak pon tak guna korang pergi la try kan senang ? nak tahu ajaib ke innershine ni boleh la cuba dan beli ye.