Friday, 31 July 2015

braces tu sakit ke ?


selalu orang cakap soalan-soalan killer bila tibanya musim raya be like ;

" ko bila nak kahwin ? " *
" ko bila lagi ? " *
" dah ada calon ke belom ? " *
" tunang dah lama, bila nak kahwinnyer ? " *

* baca dengan sekali lafaz ok 

nasib la aku tak dapat soalan killer ni time beraya baru-baru ni, kalau tak memang aku dah sedia macam-macam jawapan sebab aku memang suka menjawab * biadap sangat hahaha ! tapi soalan yang dituju dekat aku ialah pasal BRACES. ye breyyy sesss kata ko. orang melayu cakap gigi besi. 




aku dah pakai braces ni start daripada aku mula-mula masuk UPM dulu which is rasanya seminggu selepas aku daftar. sekarang ni aku dah berada kat UPM dah 3 tahun so maknanya dah 3 tahun aku pakai gigi besi ni. tapi ada jugak orang duk tanya aku soalan yang sama, sakit ke pakai braces tu ? rasa macam mana? tak ngilu ke bila nak makan ? bila lagi nak bukak braces tu ? balik balik soalan cliche yang aku terima * fliphair

actually aku pon tak tahu nak explain macam mana lagi sebabnya aku dah terbiasa pakai gigi besi ni semenjak dari sebulan benda ni dok bermastautin dalam mulut aku. dia macam ko dah rasi so bila dia dalam mulut dah tak rasa apa. takdela sakit pon, yang sakitnya bila ko mula-mula nak pakai tu sebab tak biasa kan sampai bengkak la jugak lelangit aku time tu sebab makanan tak boleh nak kunyah, so kena guna lelangit je untuk tekan tekan makanan tu sampai lembik. al maklumla kena cucuk bius sampai 8 kali dan 4 batang gigi kena cabut. ko rasa ??? 

tapi mak aku cakap sebab aku yang nak sangat pakai so kena tahan la katenye. baiklah mak, memang aku dah bertahan sampai ke tahap ni. Alhamdulillah. yang bab bila nak bukak braces tu aku pon tak dapat bagi jawapan yang tepat, sebab doktor kata tempoh pakai 4 tahun . tapi kalau korang rasa nak pakai tu pakai jela, jangan takut. sebab masa aku memula nak pakai tu aku pon banyak review blog blog yang cerita pasal braces. sampaikan aku naik takut nak pakai. tapi akhirnya aku kuatkan diri jugak demi masa depan negara dan bangsa. 


nak tanya apa-apa tanya jela, tapi jangan tanya braces tu sakit ke tak ok ? hahahaha

Idea kreatif untuk makanan anak-anak



Macam mana cara nak pastikan anak anda makan 5 kali sehari ?

Waktu makan anak-anak adalah sesuatu perjuangan bagi kebanyakan ibubapa. Ada ibubapa yang sanggup memberi upah kepada anak mereka bagi memastikan anak-anak makan dengan cukup. Seorang ibu telah memcetuskan idea bagi memenangi hati anaknya dengan menyediakan makanan berkhasiat untuk anaknya dengan menukar makanan tersebut dalam bentuk kartun kegemaran anaknya. Laleh Mohmedi, 31, tinggal di Melbourne, Australia bersama anak perempuannya yang berusia 2 tahun, Jacob. Laleh merupakan seorang Senior medical recruitment consultant berkata dia sentiasa menitikberatkan tentang hal kesihatan dan pemakanan yang baik untuk anaknya. Justeru itu, tercetusnya idea untuk menghasilkan makanan dalam bentuk kartun. Korang pon boleh cuba untuk anak-anak lepas ni ! Laleh berkata dia mengambil masa sekitar 20-30 minit untuk menghasilkan satu hidangan dan anaknya. 

Idea kreatif makanan bertukar menjadi watak kartun 



Madagascar's Alex 
Bahan-bahan : Spaghetti bolognese, Roti wholemeal, timun dan carrot

Simba The Lion King
Bahan-bahan : Diperbuat daripada kekacang bersama nasi, Roti wholemeal dan timun



Chicken Little 
Bahan-bahan : Putih telur bersama cheese bakar dan Roti wholemeal, buah pear, strawberri, timun and epal


The Lorax
Bahan-bahan : Roti wholemeal bersama buah oren dan tembikai


Olaf Frozen 
Bahan-bahan : scrambled egg whites, buah tembikai, carrot, timun, halia, oren dan jus epal


Big Bird dan ZoeSesame Street 
Bahan-bahan :  Buah bersama mozzarella

Cara paling malas untuk wish birthday kawan di Facebook




Bukan sengaja kadang-kadang kita lupa nak wish birthday kawan kita, mungkin sebab busy atau macam-macam la. Nasib la ada facebook boleh tolong ingatkan birthday kawan kita, kalau tak memang tak ingat langsung. Aku ni memang fail bab-bab tarikh ni, memang susah sangat nak ingat , nak masuk kolej balik bulan pon aku tak tahu. hemm. Tapi korang jangan risau la kalau ada yang sama macam perangai aku ni, kita boleh cuba taktik pemalas ni kalau terlupa nak wish birthday kawan korang. 


Langkah 1  : Sediakan telefon anda untuk menerima teks daripada Facebook

Dalam Setting Facebook pilih mobile, dan kemudian aktifkan text messaging.
Pilih jenis mobile korang dalam senarai drop down.


Langkah 2 : Hantar kod pengesahan dari telefon anda

Korang akan diminta untuk menghantar teks huruf 'F' untuk FBOOK hantar ke (3266).
Kemudian apabila korang dah dapat kod pengesahan, masukkan kod tadi kedalam akaun Facebook. Korang akan menerima mesej teks ke telefon anda untuk  mengemas kini Facebook melalui SMS
yang telah ditetapkan tadi.


Langkah 3 : Tunggu sehingga Facebook menghantar anda pemberitahuan birthday

Apabila salah satu hari lahir rakan korang kat Facebook, korang akan menerima mesej teks memberitahu tentang hari jadi tersebut.Korang diminta untuk " Reply untuk post di timeline atau membalas 1 untuk menghantar Ucapan Happy Birthday!"

Hanya tekan 1 untuk menghantar mesej kepada rakan anda.


Langkah 4 : Tunggu rakan anda untuk 'like' mesej tersebut

Kini korang boleh menyemak mesej yang korang bagi tadi di wall facebook kawan korang.
ok tu je, byeee




Thursday, 30 July 2015

D.I.Y shawl instant mengunakan selendang sedia ada dengan 5 langkah mudah


Perempuan ni kalau tudung memang belambak dalam almari, macam-macam warna ada tapi last-last pakai tudung hitam jugak. Lepastu kalau dah malas sangat pakai shawl belit-belit, tudung bawal nak kena gosok lagi last-last pakai tudung instant je keluar rumah. 

*** btw, selendang kat atas tu ada yang buat sendiri and beli online di Calaqisya. senang je nak buat shawl ni sebenarnya, beli kain yang sesuai dalam 2 meter, balik rumah potong dan jahit tepi.

Tapi takkan nak beli semua warna tudung instant pulak kan sedangkan kita dah banyak shawl dengan macam-macan color ? So apa kata kita jimatkan duit dengan buat D.I.Y ( Do it Yourself ) dengan shawl yang sedia ada. Meh sini kita ajar cara-cara atau tutorial nak buat tudung korang sendiri

Tutorial ni tanpa perlu korang semua untuk jahit tudung bagai, cukup dengan hanya guna pin. 

Jimat duit, jimat masa, jimat segalanya....



APA YANG KITA PERLUKAN ?


2 pin tudung, 1 jarum peniti ( untuk kemaskan tudung jika perlu )




Shawl / Selendang 
( prefer yang saiz besar untuk tutup bahagian dada )

STEP 1 : Lipatkan bahagian belah kanan tudung sehingga menjadi macam gambar di atas




Pinkan dahulu bahagian yang telah dilipat tadi, pastikan pin di bahagian tengah sedikit 
( kedudukan boleh adjust apabila dah sarung dikepala nanti )




( Belah kiri shawl )
STEP 2 : Bagi bahagian belah kiri shawl yang belum disentuh tadi, 
pin kan dikepala mengikut bentuk muka. 

Pastikan bahagian :
pendek = belah kiri,
panjang = belah kanan


STEP 3 : Ambil bahagian tudung yang dari STEP 1 tadi




STEP 4 : sarungkan bahagian dari STEP 1 tadi
 dan tudung korang akan kelihatan seperti gambar diatas




STEP 5 : Adjust tudung dan kedudukan pin jika bahagian yang kita sarung tadi longgar,
dan ketatkan mengikut saiz bentuk muka.




 Done !!! boleh gayakan shawl biasa dengan cara shawl instant

Selamat mencuba. 



Wednesday, 29 July 2015

Sukarelawan #sehatisejiwa sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015


Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2015, daftarlah sebagai sukarelawan #sehatisejiwa. 
Sama-sama kita raikan dan curahkan bakti pada negara. Bagi mereka yang mencari-cari cara bagaimana ingin menjadi sukarelawan sempena Kemerdekaan bulan Ogos ini bolehlah mendaftar di





Daftarlah secara online di www.penerangan.gov.my atau borang boleh didapati di www.sk1m.penerangan.gov.my

Antara kategori yang disediakan adalah seperti berikut :


  1. Media Sosial
  2. Pereka
  3. Bantuan Kecemasan
  4. Persembahan
  5. Keselamatan
  6. Petugas Am


Mudah saja ! Jika anda berumur 18-35 tahun, sihat tubuh badan, anda dialu-alukan!
Pelbagai inisiatif menanti anda ! Jom daftar !

#sukarelawan #sehatisejiwa #Malaysia


Tuesday, 28 July 2015

Bento - idea bekal ke pejabat dan sekolah


masalah ini akan melanda diri kita hampir setiap hari iaitu masalah tentang apa nak masak untuk hari ini ? atau hari ini nak makan apa ? bagi yang sudah bekerja dan berumahtangga masalah ini akan menjadi masalah besar di mana seorang isteri akan memikirkan apa pula untuk masak kepada suami dan anak-anak mereka.

jangan bimbang, anda boleh mencuba idea untuk membawa bekal ke pejabat bagi yang memang rajin dan yang tidak mahu makan makanan luar. Idea bento ini memberikan idea kepada para isteri atau ibu dalam menyediakan bekalan kepada suami, anak-anak ke sekolah mahupun diri sendiri.

Idea bento untuk diri sendiri dan suami















Sumber : PTS Media Group

Idea bento untuk anak-anak 

Bagi menyediakan bento untuk kanak-kanak kita perlulah menjadi seorang yang kreatif bagi menarik minat mereka untuk makan dengan lebih menyelerakan. Tema-tema superhero dan watak kartun yang popular boleh diambil sebagai idea menyediakan bento mereka.















Belajar cara edit gambar dengan VSCO Cam



manusia selalu menzahirkan perasaan melalui gambar, kalau gambar cantik lagi orang suka nak tengok kan ? Macam macam aksi manusia boleh buat demi sesuap like di Instagram. Tapi bagi aku, aku suka sangat ambil gambar dan menzahirkan apa yang aku rasa dan apa yang aku nampak dengan berkongsi gambar. Apps VSCO Cam ini adalah antara apps yang terbaik untuk edit gambar yang pernah aku jumpa setakat ni. Kelebihannya pula apps ini adalah free tanpa perlu membayarnya untuk dimuat turun kedalam smartphone anda di Playstore. 

Bagi yang baru menggunakan apps ini boleh la belajar cara-cara edit gambar seperti di bawah  :